Wed, 15 Apr 2026
Headlines:
Enam warga Pakistan ditahan susulan pergaduhan di Paitan
Published on: Sunday, April 12, 2026
Published on: Sun, Apr 12, 2026
By: Syah Abdul Rahman
Text Size:
Text:
Enam warga Pakistan ditahan susulan pergaduhan di Paitan
SEKUMPULAN warga Pakistan merusuh di hadapan sebuah kedai di Kampung Kubambangan, Paitan pada Jumaat.
BELURAN: Seorang lelaki cedera di kepala dan menerima tujuh jahitan selepas satu pergaduhan yang tercetus di Kampung Kubambangan, Paitan, pada Jumaat. 

Enam suspek ditahan berhubung insiden berkenaan.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Beluran Supt Hasan Majid berkata polis menerima laporan kejadian itu pada 10 April kira-kira jam 6.49 petang selepas video pergaduhan terbabit tular di media sosial.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 4 petang di hadapan sebuah kedai runcit membabitkan sekumpulan lelaki warga Pakistan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pergaduhan dipercayai berpunca daripada salah faham antara dua pihak sebelum bertukar menjadi insiden ganas,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu. 

Seramai enam lelaki ditahan pada 11 April (Sabtu) bagi membantu siasatan dan permohonan reman akan dibuat di mahkamah.

Advertisement
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran atau pegawai penyiasat kes.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here