Wed, 15 Apr 2026
Headlines:
Sindiket penipuan dalam talian: Reman warga China disambung
Published on: Sunday, April 12, 2026
Published on: Sun, Apr 12, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Sindiket penipuan dalam talian: Reman warga China disambung
SUSPEK dibawa ke mahkamah Tawau pada Sabtu.
TAWAU: Reman 74 warganegara China yang ditahan dalam serbuan di sebuah resort di Tawau pada Selasa lalu kerana dipercayai terlibat sindiket penipuan dalam talian antarabangsa dengan menyamar sebagai polis China sejak tiga bulan lalu, disambung.

Majistret Don Stiwin Malanjum membenarkan tahanan reman disambung dua hari sehingga 12 April untuk 57 suspek manakala selebihnya disambung tiga hari sehingga 13 April dan memerintahkan pegawai penyiasat membantu mereka agar berhubung dengan peguam dan keluarga masing-masing. 

Advertisement
Mahkamah juga memerintahkan beberapa suspek dibawa mendapatkan rawatan secepat mungkin di hospital dan menambah tempoh sambungan reman boleh dipendekkan selepas siasatan selesai sekiranya suspek memberikan kerjasama yang baik dan dituduh secepat mungkin. 

Mahkamah juga memerintahkan suspek untuk membuat aduan berhubung dakwaan dipukul semasa siasatan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, permohonan sambungan reman tiga hari bagi kesemua 74 suspek itu dipohon Inspektor Siti Dayana Adillah selepas tempoh tahanan reman tiga hari sebelum ini berakhir pada Sabtu. 

Permohonan sambungan reman itu dibuat bagi melengkapkan siasatan termasuk oleh pakar media sosial memandangkan belum kesemuanya diambil keterangan atas kekangan komunikasi kerana jurubahasa terhad manakala hanya seorang daripada suspek boleh berbahasa Inggeris.

Advertisement
Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 420 / 120 (B) Kanun Keseksaan. 

Sementara itu, suspek memohon agar tempoh sambungan reman mereka dikurangkan atas pelbagai faktor seperti kesihatan, mahu dirawat di hospital, passport akan tamat tempoh tidak lama lagi, mahu melantik peguam dan meminta diberi peluang berhubung dengan keluarga. 

Advertisement
Mereka juga memohon disediakan barangan kebersihan seperti berus gigi, sabun mandi dan tisu kerana sudah tiga hari tidak mandi serta berasa tidak selesa. 

Terdapat juga suspek yang memohon mahkamah agar media Taiwan membuat liputan berhubung penahanan mereka namun ada juga yang memohon supaya gambar mereka tidak dirakam. 

Ada juga suspek mendakwa tidak tahu kenapa mereka ditahan kerana baharu sahaja tiba empat atau lima jam di resort berkenaan sebelum serbuan polis. 

Jurubahasa mahkamah mengambil masa tiga jam untuk menghabiskan pertanyaan bagi mendengar aduan daripada setiap seorang suspek terbabit.

Pada Sabtu, dua lori yang membawa suspek terlibat tiba di perkarangan Mahkamah Tawau pada jam 8.30 pagi sebelum prosiding bermula sekitar 9.30 pagi. 

Media sebelum ini melaporkan 80 individu ditahan disyaki terlibat kegiatan sindiket penipuan dalam talian yang mensasarkan warga Amerika Syarikat berketurunan China di negara itu, yang berselindung di sebalik operasi sebuah resort di sini. 

Mereka terdiri daripada 78 warganegara China termasuk empat wanita dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Laos, berusia antara 17 hingga 46 tahun. 

Mereka didakwa memasuki Sabah sejak tiga bulan lalu dan menjalankan kegiatan penipuan secara dalam talian dengan menyamar sebagai anggota polis dari China.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here