Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 36 tahun didakwa memiliki Mitragynine yang lebih dikenali sebagai ketum.
Jerome Guntalib mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir terhadap pertuduhan tersebut.
Advertisement
_E.jpg)
Dia didakwa memiliki kira-kira 500ml cecair yang mengandungi Mitragynine pada jam 1.10 petang, 31 Mac tahun ini di sebuah pondok di Kampung Kalansanan, Inanam.
Kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta sama membawa hukuman denda sehingga RM100,000, penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 5 Mei untuk sebutan kes sementara menunggu laporan pakar kimia mengenai ketum dan membenarkan ikat jamin RM2,500 dengan dua penjamin tempatan.
Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir memohon sebutan lain sementara menunggu laporan pakar kimia dan tidak menawarkan ikat jamin.
Advertisement

Jerome yang tidak diwakili peguam memohon ikat jamin.
Dalam kes lain empat pendatang asing tanpa izin (PTI) dipenjara empat bulan kerana memasuki negara ini secara haram.
Dua warga Indonesia dan dua warga Filipina ditahan oleh pasukan Imigresen selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri semasa operasi di kawasan Keningau baru-baru ini.
Mahkamah memerintahkan keempat-empat mereka menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh penahanan.
Selepas tamat hukuman mereka akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan pengusiran.
Pendakwa Norizan Awang Tanda dari Jabatan Imigresen hadir bagi pihak pendakwaan.