Tenom: Dua sekolah di daerah ini yang terjejas teruk akibat bencana banjir pada Januari lalu menerima bantuan keperluan asas bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan lancar.
Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang menerima tiga unit televisyen pintar serta sebuah pam air untuk kegunaan warga sekolah manakala SK Ulu Tomani turut menerima bantuan pam air bagi memulihkan kemudahan asas yang rosak.
Guru Besar SK Ulu Tomani Ambaru Insor berkata bantuan pam air terbabit amat diperlukan memandangkan kemudahan sedia ada rosak teruk ketika banjir melanda.
“Pam air kami rosak sewaktu dilanda banjir dan bantuan ini sangat membantu terutama untuk membersihkan tandas serta kawasan sekolah,” katanya.




_E.jpg)


