BELURAN: “Sedih, menitis juga air mata tengok keadaan anak-anak belajar di sana.”
Itu luahan seorang ibu yang mempunyai dua anak bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya, di sini, yang kini ditempatkan di luar Masjid Kampung Balaban Jaya dan di Dewan Kampung Sungai Nangka.
Selva Suzianatie, 33, berkata anaknya berada di Tahun Satu dan Tahun Lima.
Menurutnya, anak-anaknya mula mengikuti sesi persekolahan di lokasi berkenaan sejak Januari lalu, namun terpaksa belajar dalam keadaan serba kekurangan selepas bangunan asal sekolah mengalami kerosakan serius.




_E.jpg)


