Tenom: Kerajaan Persekutuan meluluskan kira-kira RM26 juta bagi membaiki kejadian tanah runtuh di Tipoh di sepanjang jalan Tenom–Keningau.
Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin berkata beliau sendiri telah bertemu Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagi memohon peruntukan terbabit yang kini telah diluluskan untuk pelaksanaan segera.
“Kementerian Kerja Raya bersetuju untuk mempercepatkan permohonan kita bagi membaiki cerun di Tipoh,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Datuk Rubin Balang di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom pada Sabtu.
Beliau berkata kerja-kerja pembaikan itu akan mengambil masa berikutan tahap serius kejadian tanah runtuh dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2027 seperti dimaklumkan oleh kementerian.
Advertisement





