Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Ubah suai kenderaan untuk simpan lebih banyak diesel
Published on: Friday, April 03, 2026
Published on: Fri, Apr 03, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Ubah suai kenderaan untuk simpan lebih banyak diesel
PERALATAN memindahkan diesel ditemukan di dalam kenderaan itu yang dijadikan sebagai bukti penyelewengan.
BEAUFORT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan di sini mengenal pasti sebuah kenderaan yang diubah suai dengan tangki tambahan bagi aktiviti penyelewengan diesel.

Ketua Penguatkuasa KPDN daerah Beaufort Julie Julhani berkata pengubahsuaian itu membolehkan pelaku menyimpan kuantiti diesel bersubsidi yang lebih besar melebihi kapasiti tangki asal kenderaan sekali gus menimbulkan kecurigaan semasa aktiviti mengisi minyak.

Advertisement
Beliau berkata taktik itu terbongkar dalam operasi Ops Tiris 4.0 baru-baru ini di sebuah stesen minyak apabila sebuah kenderaan didapati dipasang tangki tambahan untuk membawa sejumlah besar diesel.

“Serbuan dijalankan susulan risikan dan pemantauan oleh pegawai penguatkuasa yang mengesan aktiviti mencurigakan ketika kenderaan itu sedang mengisi minyak di stesen berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pemeriksaan mendapati kenderaan terbabit telah diubah suai dengan tangki tambahan yang dipercayai mengandungi kira-kira 200 liter diesel dan kami merampas kenderaan, diesel serta beberapa dokumen berkaitan bagi membantu siasatan lanjut.

“Pemandu ditahan seketika untuk siasatan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis. Tindakan penguatkuasaan turut diambil terhadap muncung pam minyak yang terlibat dan dua laporan polis telah dibuat berkaitan kes ini,” kata Julie.

Advertisement
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan tindakan boleh diambil terhadap pemandu serta pengusaha stesen minyak berkenaan.

Beliau menambah siasatan lanjut masih dijalankan dengan pegawai penyiasat akan dilantik bagi melengkapkan siasatan.

Advertisement
Julie berkata usaha penguatkuasaan KPDN menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 akan dipergiat bagi membanteras kegiatan itu, sambil memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati menggunakan kenderaan diubah suai untuk penyelewengan bahan api.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here