Mon, 6 Apr 2026
Headlines:
‘Kita bekerja untuk rakyat, bukan sekadar berjawatan’
Published on: Saturday, April 04, 2026
Published on: Sat, Apr 04, 2026
Text Size:
Text:
‘Kita bekerja untuk rakyat, bukan sekadar berjawatan’
JAMAWI (tujuh dari kiri) bergambar kenangan bersama Jahid (enam dari kanan), tetamu kehormat dan Ahli Lembaga Pengarah baharu LIGS.
KOTA KINABALU: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar menegaskan bahawa setiap amanah yang dipikul oleh penjawat awam dan agensi kerajaan adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan sekadar memegang jawatan.

Beliau berkata, tanggungjawab tersebut menuntut semua pihak memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, khususnya golongan pekebun kecil dan komuniti luar bandar.

Advertisement
“Jangan kita berbangga dengan jawatan, tetapi di peringkat bawahan kita gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Amanah kita bukan sekadar menjawat jawatan, tetapi memastikan rakyat dilayani dengan sebaik mungkin,” katanya dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah baharu LIGS, di Ibu Pejabat  LIGS di Wisma Pertanian, baru-baru ini.  

Menurutnya, beliau sentiasa memberi perhatian kepada aduan rakyat termasuk melalui media sosial, dan akan segera menyalurkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan untuk tindakan lanjut.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here