Thu, 9 Apr 2026
Headlines:
Kanak-kanak diselamatkan dari dalam kereta berkunci
Published on: Wednesday, April 08, 2026
Published on: Wed, Apr 08, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Kanak-kanak diselamatkan dari dalam kereta berkunci
KANAK-kanak itu terkunci di dalam kenderaan.
LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun diselamatkan dari dalam sebuah kereta yang berkunci di Jalan Reno Fajar, di sini, pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.28 malam.

Advertisement
Seramai enam anggota bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi dan sebaik tiba pada jam 7.35 malam mendapati seorang kanak-kanak terkunci di dalam kenderaan.

“Pasukan segera membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas dan menyelamatkan kanak-kanak itu yang didapati selamat sebelum diserahkan kepada ibunya di lokasi kejadian,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Operasi itu dijalankan dengan bantuan pihak polis.

Operasi ditamatkan pada jam 7.43 malam selepas pasukan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here