Sat, 30 May 2026
Headlines:
‘Amalkan makna sebenar hidup dalam harmoni’
Published on: Thursday, May 28, 2026
Published on: Thu, May 28, 2026
Text Size:
Text:
‘Amalkan makna sebenar hidup dalam harmoni’
Salleh berkata, rakyat Sabah juga saling menyampaikan ucapan dan doa kepada rakan-rakan yang meraikan pelbagai perayaan agama dan budaya, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan kebersamaan yang sebenar.
Kota Kinabalu: Bekas ketua menteri Sabah, Salleh Said Keruak menyeru rakyat Malaysia mengamalkan makna sebenar hidup dalam keharmonian sebagai negara berbilang kaum dan agama.

Di Sabah, menurutnya, keharmonian bukan sekadar idea, tetapi cara hidup yang diamalkan setiap hari.

Advertisement
“Tiada ruang untuk prejudis atau polemik dalam masyarakat majmuk Sabah kerana rakyat terus mempertahankan pegangan agama masing-masing sambil mengukuhkan hubungan antara komuniti.

“Amat menyentuh hati apabila menerima ucapan Hari Raya Aidiladha daripada rakan-rakan berlainan agama. Ia mencerminkan persahabatan yang tulen serta rasa hormat antara satu sama lain,” katanya dalam catatan Facebook sempena sambutan Aidiladha.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Salleh berkata, rakyat Sabah juga saling menyampaikan ucapan dan doa kepada rakan-rakan yang meraikan pelbagai perayaan agama dan budaya, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan kebersamaan yang sebenar.

“Menghormati orang lain tidak melemahkan pegangan sendiri, sebaliknya mencerminkan kematangan serta kekuatan sesebuah masyarakat yang menghargai keharmonian serta nilai kemanusiaan sejagat,” kata bekas Ahli Parlimen Kota Belud itu.

Advertisement
Katanya, Aidiladha menjadi peringatan tentang indahnya nilai hormat-menghormati, persefahaman dan kebersamaan dalam kalangan rakyat.

“Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga semangat pengorbanan terus mengukuhkan ikatan perpaduan dan kebersamaan kita,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here