Sun, 31 May 2026
Headlines:
Ibarat ‘perang makanan sedap’ di KDCA
Published on: Thursday, May 28, 2026
Published on: Thu, May 28, 2026
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Ibarat ‘perang makanan sedap’ di KDCA
Gambar fail oleh STB | KDCA
PENAMPANG: Acara sampingan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) sudah bermula sejak seminggu lalu dengan pelbagai persiapan giat dilakukan menjelang kemuncak sambutan.

Pertandingan akhir Mananong, Momoroisol dan Momohiis juga sudah berlangsung dengan jayanya.

Advertisement
Tinjauan di kawasan luar dewan mendapati pelbagai kanopi besar dan kecil sudah didirikan untuk menempatkan vendor yang menjual hasil tani, kraftangan serta pelbagai jenis makanan tradisional dan moden.

Seperti tahun-tahun sebelumnya jualan makanan terus menjadi tarikan utama pengunjung yang dilihat berpusu-pusu mengunjungi gerai-gerai jualan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pelancong asing khususnya pengulas makanan media sosial turut dilihat gemar mengunjungi gerai bagi mencuba makanan tempatan untuk kandungan platform digital mereka sekali gus membantu mempromosikan makanan Borneo kepada masyarakat antarabangsa.

“Seperti tahun-tahun lalu saya pasti keadaan akan sama. Saya teruja dengan makanan sedap-sedap yang dijual. Ada makanan yang jarang saya nampak dijual di restoran,” kata seorang pengunjung Ivon James.

Advertisement
Bagi memastikan kelancaran acara, pihak penganjur sudah memberi taklimat kepada semua penggerai berkaitan aspek keselamatan, kebersihan dan pengendalian makanan sepanjang tempoh sambutan.

“Acara di luar bermula pada 15 hingga 31 Mei ini. Kami mahu semua penjual menjaga tingkah laku dan bersikap hemah ketika melayan tetamu.

Advertisement
“Kaunter informasi turut disediakan sepanjang festival bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat selain membuka peluang kepada pengunjung untuk mendaftar sebagai ahli KDCA,” kata jurucakap penganjur.

Menurutnya antara manfaat keahlian ialah diskaun 20 peratus bagi penyewaan dewan atau ruang di KDCA serta keutamaan dalam aktiviti anjuran persatuan itu.

“Sewa atas sewa adalah tidak dibenarkan. Sewa tapak dari KDCA tahun ini diturunkan lagi. Sewa hanya sekitar RM3,000 hingga RM4,000 sahaja dan tiada yang melebihi RM4,000 sepanjang Kaamatan.

“Peniaga yang menyewa sehingga RM10,000 hingga RM20,000 itu adalah sewa atas sewa. Kadar dari pihak KDCA tidak melebihi RM4,000 kecuali untuk organisasi korporat,” ujarnya.

Beliau berkata pihak penganjur turut menggalakkan kepelbagaian pilihan makanan pada sambutan kali ini.

Mengenai penjualan minuman beralkohol beliau berkata ia tidak dibenarkan di dalam rumah tradisi namun penggerai di luar kawasan rumah tradisi dibenarkan menjual minuman berkenaan.

Dalam pada itu pihak KDCA turut mengingatkan semua peniaga supaya mempamerkan tanda harga yang munasabah dan berpatutan bagi mengelakkan rungutan pengunjung seperti yang berlaku sebelum ini.

“Kadar sewa yang diturunkan sewajarnya membolehkan peniaga menawarkan harga makanan yang tidak membebankan pengunjung.

“Jabatan Kesihatan Penampang juga akan turun padang untuk memberi taklimat berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan kepada semua penggerai,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here