Sat, 30 May 2026
Headlines:
Dua buah kenderaan, 6 motosikal musnah dalam kebakaran di Tenom
Published on: Wednesday, May 27, 2026
Published on: Wed, May 27, 2026
By: Ethan Ryan
Text Size:
Text:
Dua buah kenderaan, 6 motosikal musnah dalam kebakaran di Tenom
Tenom: Dua buah kenderaan dan enam motosikal musnah dalam kebakaran manakala sebuah lagi kenderaan jenis Proton Satria mengalami kerosakan kira-kira 10 peratus pada bahagian bumper hadapan yang turut memusnahkan sebuah rumah jenis tidak kekal di Skim LIGS Laut Seberang, disini pada awal pagi selasa (gambar).

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 2.37 pagi melalui NG999 sebelum enam anggota bersama sebuah jentera FRT dari BBP Tenom digerakkan ke lokasi kejadian.

Advertisement
Jentera bomba tiba pada jam 3.02 pagi dengan jarak lokasi kira-kira 11 kilometer dari balai. Komander Operasi, PBK I Shahril Sulaiman melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah berukuran 40 kali 30 kaki yang terbakar 100 peratus.

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air daripada jentera.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.33 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.18 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu. Operasi turut dibantu PDRM dan SESB.

Advertisement
Cap 1 & 2.Kenderaan yang musnah dalam kejadian berkenaan
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here