Fri, 29 May 2026
Headlines:
ERT main peranan penting dalam keselamatan awam
Published on: Tuesday, May 26, 2026
Published on: Tue, May 26, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
ERT main peranan penting dalam keselamatan awam
Vivian berkata program itu amat tepat pada masanya dalam menilai dan meningkatkan kompetensi anggota ERT khususnya dalam mengendalikan situasi kecemasan sebenar.
SANDAKAN: Peranan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) amat dihargai dalam memberikan bantuan awal ketika kecemasan sebelum ketibaan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi berkaitan lain.

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata justeru adalah penting untuk pasukan ERT terus diperkukuh dari semasa ke semasa.

Advertisement
“Ini amat penting bagi memastikan pasukan ERT sentiasa bersedia dan peka terhadap situasi kecemasan,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Program Latihan Pemantapan Latih Amal Kompetensi Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) 2026 di Dewan Sekolah Rendah Vision, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Lizalman Abu dan Ketua Zon JBPM Sandakan Jasri Ab Jal.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Vivian berkata program itu amat tepat pada masanya dalam menilai dan meningkatkan kompetensi anggota ERT khususnya dalam mengendalikan situasi kecemasan sebenar.

Terdahulu Lizalman menzahirkan penghargaan kepada pasukan ERT dari IOI Edible Oils Batu Sapi dan Pasukan Bomba Sukarela Karamunting kerana membantu memadam kebakaran besar yang berlaku di Kampung Bahagia, Sandakan pada April lalu sekali gus membuktikan kecekapan pasukan ERT dan bomba sukarela kepada masyarakat setempat.

Advertisement
Mengenai Program Latihan Pemantapan Latih Amal Kompetensi Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) 2026 bagi zon Sandakan, beliau menyifatkan program itu sebagai inisiatif proaktif oleh JBPM Sabah untuk memperkukuh tahap kesiapsiagaan sektor swasta dan industri terhadap ancaman kebakaran serta situasi kecemasan di tempat kerja.

Katanya program itu turut menekankan pengukuhan kerjasama strategik antara JBPM Sabah, sektor industri, agensi kerajaan, pengurusan premis dan komuniti setempat dalam usaha meningkatkan standard keselamatan kebakaran di Sabah.

Advertisement
Seramai 480 peserta daripada 48 pasukan ERT mewakili pelbagai industri dan premis berisiko tinggi menyertai program itu, sekali gus menjadikannya antara kadar penyertaan tertinggi pernah direkodkan setakat ini.

Program tersebut turut dianjurkan mengikut zon termasuk Tawau dan Kota Kinabalu bagi memudahkan lebih banyak pasukan ERT dari kawasan sekitar mengambil bahagian di daerah masing-masing tanpa perlu ke Kota Kinabalu seperti tahun-tahun sebelum ini.

Peserta mewakili sektor termasuk pembuatan, hospitaliti, pusat beli-belah, syarikat utiliti, institusi pendidikan, terminal logistik dan premis komersial utama di Sandakan serta daerah berhampiran.

Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan dengan latihan teori dan praktikal merangkumi beberapa komponen utama termasuk teknik pemadaman kebakaran awal menggunakan alat pemadam api dan sistem gelung hos.

“Program ini juga menjadi platform terbaik untuk menilai tahap kesiapsiagaan pasukan ERT dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan di premis masing-masing,” tambahnya.

Mengenai pembangunan briged bomba komuniti dan pasukan bomba sukarela, Lizalman berkata usaha memperkukuh kumpulan tersebut akan diteruskan, khususnya dalam membantu komuniti tempatan menangani kecemasan seperti kebakaran sebelum ketibaan bantuan rasmi penyelamat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here