Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Gudang penyimpanan terbakar di Sandakan
Published on: Wednesday, March 18, 2026
Published on: Wed, Mar 18, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Gudang penyimpanan terbakar di Sandakan
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - FOTO untuk ilustrasi sahaja.
SANDAKAN: Sebuah gudang penyimpanan sabut kelapa sawit di Kilang IOI Edible Oils Sdn Bhd, di sini, terbakar awal pagi Selasa. 

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 2.46 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan tiba di lokasi kira-kira 22 minit kemudian, pada jam 3.08 pagi, selepas menempuh jarak sejauh 15 kilometer.

Advertisement
Menurut Ketua Balai BBP Sandakan Jimmy Lagung, kebakaran melibatkan sebuah gudang jenis kekal yang mempunyai tiga blok bangunan, masing-masing berkeluasan 90 kaki x 100 kaki.

“Satu daripada tiga blok bangunan tersebut terbakar kira-kira 40 peratus, manakala dua lagi blok berjaya diselamatkan daripada dijilat api,” katanya dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Operasi pemadaman awal dimulakan oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) kilang dengan menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki bersama dua pancutan air daripada pili bomba, sebelum ketibaan pasukan bomba.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba meneruskan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air yang disalurkan daripada jentera tangki air.

Advertisement
Kebakaran dikawal pada jam 3.52 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.40 pagi selepas pasukan memastikan tiada lagi bahaya yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here