SANDAKAN: Bekalan air di daerah ini akan ditutup bermula jam 8 pagi pada 13 April ini bagi melaksanakan kerja-kerja naik taraf di Loji Rawatan Air (LRA) Segaliud.
Jurutera Air Bahagian Sandakan, Nelly Juee Phillip berkata, tujuan penutupan itu adalah bagi melaksanakan kerja-kerja penggantian 16 injap baharu di bangunan pam air terawat LRA Segaliud, memerlukan loji itu ditutup sementara.
Justeru, pihaknya menasihatkan pengguna di sini untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan mengamalkan penggunaan air secara berjimat cermat sehingga kerja-kerja itu selesai. Pemulihan bekalan akan dibuat secara berperingkat, dengan tekanan air dijangka kembali pulih dalam masa seminggu.
Kawasan terjejas termasuk seluruh Kawasan Batu 17 sehingga Batu 1, PPR Gum-Gum, PPR Sg Manila, Pekan Muhibbah, PPR Muhibbah, Jalan Cina, Taman Vila Vista, Jalan Sg Batang, Kawasan Hab Pendidikan, Kg Sentosa, Kg Sebait, Kg Padas, Rancangan Sg Manila Peringkat 1 hingga 4, Sg Daling Lalason, seluruh kawasan Batu 7 dan Batu 8, Bandar Sibuga Jaya, Taman Fortune, Taman Tai Fai Yen, Taman Permata, Taman Sri Rimba, Taman Rimba, Taman Kenari, Taman Nuri, Taman Merpati, Taman Sejati, Sejati Ujana, Taman Airport, Taman Fajar, Fajar Perdana. Tinusa 2, Batu Putih Sg Kayu, Bandar Labuk Jaya, Bandar Megah, Taman Megah, Springfield, seluruh Kawasan Jalan Lintas Sibuga, Taman Mawar, Taman Sibuga, Jalan Ulu Sibuga, Taman Ramin, Jalan Dato Tay, Taman Anggerik, Taman Vista, Kawasan IJM, Jalan Penjara, Taman Tyng, Taman Lucky, Taman Evergreen dan Taman Pak Tak Khong Lok.
Turut terjejas, seluruh kawasan Batu 4, Taman Nasalim, Nasalim Phase 7, Taman Tinosan, Taman Millennium, Bandar Prima, Bandar Indah, Taman Indah, Taman Indah Jaya, Bandar Rickoh, Taman Tshun Ngen, Taman Pertama, Jalan Penjara, Bandar Kimlung, Bandar Pasaraya, kawasan Batu 3, Sri Taman, Jabatan Pesakit Luar, JKR, Jalan Bomba, Bomba Right, Bomba Left, Midtown, Taman Mesra, Bandar Letat, Seluruh Kawasan Jalan Lintas Utara, BDC Medan Usaha, Jade Garden, Taman Sunny Estate, Taman Grandview, Kompleks Polis, Kawasan Batu 1.5, Pasar Elopura, Bandar Maju, Jalan Buli Sim-Sim, Masjid Daerah, kawasan Jalan Batu Sapi, Kg Gas, Taman Pohing, kawasan Karamunting Area, Karamunting Flat, Kg Air, Bokara dan kawasan sekitar.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline Jabatan Air Sandakan pada 017-2504498 atau 012-3052346.