Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Kejadian pecah masuk cetuskan kebimbangan peniaga pasar Sandakan
Published on: Wednesday, April 01, 2026
Published on: Wed, Apr 01, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Kejadian pecah masuk cetuskan kebimbangan peniaga pasar Sandakan
Vivian menggesa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar mempertingkatkan langkah keselamatan di kawasan pasar bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.
SANDAKAN: Kejadian pecah masuk gerai jualan di Pasar Umum Sandakan yang berlaku pada Isnin mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peniaga tempatan di pasar tersebut. 

Ahli Parlimen Vivian Wong Shir Yee menggesa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar mempertingkatkan langkah keselamatan di kawasan pasar bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.

Advertisement
“Langkah seperti menyediakan kawalan keselamatan pada waktu malam serta membaiki semua pintu yang rosak perlu diberi perhatian segera bagi mengelakkan kejadian berulang,” katanya.

Terdahulu, Vivian meninjau lokasi kejadian sejurus menerima makluman berhubung kejadian itu bagi melihat keadaan sebenar serta memahami kesan kejadian terhadap peniaga yang terlibat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya berharap pihak yang terlibat dalam perbuatan jenayah ini dapat dikesan dan ditangkap dengan segera bagi memastikan keselamatan peniaga serta orang awam terus terjamin,” katanya. 

Beliau menambah sebagai langkah jangka pendek pasukan khidmat parlimennya turut membantu membaiki almari gerai yang rosak dalam kejadian itu.

Advertisement
Pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here