RANAU: Sebanyak 46 pain darah berjaya dikumpulkan sempena Program Kempen Derma Darah pada Ahad.
Dianjurkan oleh Catholic Nurses Guild (CNG) Ranau, CARITAS dan Majlis Pastoral Paroki (MPP) St Peter Claver Ranau (SPCR) program yang turut melibatkan kakitangan Unit Bank Darah Hospital Ranau itu pada awalnya hanya mensasarkan 30 pain darah namun sambutan yang diterima melebihi jangkaan.
Jurucakap program Sr Melania Petrus berkata tujuan utama program terbabit adalah bagi memberi peluang kepada umat Katolik di daerah berkenaan melakukan amal kebajikan selain membantu menambah bekalan stok darah di Hospital Ranau.
”Seperti yang diketahui semua penganut musim Pra-Paskah ini kita dipanggil untuk berpuasa, berdoa dan melakukan amal kebajikan.
”Menderma darah juga merupakan satu bentuk amal,” katanya.
Turut hadir memberi sokongan ialah Pengerusi MPP SPCR Dr Gofri Neghilon serta Timbalan Pengerusi MPP Verus Pinol.