Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Penjaga pesakit terlantar boleh mohon bantuan RM500 sebulan
Published on: Tuesday, March 17, 2026
Published on: Tue, Mar 17, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Penjaga pesakit terlantar boleh mohon bantuan RM500 sebulan
KAUNTER Bahagian Bantuan di ibu pejabat jabatan di Wisma Muis.
PENJAGA pesakit kurang upaya atau terlantar boleh memohon bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan daripada Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban kos penjagaan.

Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah berkata bantuan itu juga disediakan kepada individu yang menjaga pesakit kronik sama ada terlantar sepenuhnya atau tidak.

Advertisement
“Bayaran bulanan ini bertujuan mengurangkan beban kewangan penjaga, pesakit serta ahli keluarga mereka.

“Selain itu bantuan sama juga bagi menggalakkan keluarga terus menjaga pesakit di rumah dan mengelakkan mereka dihantar ke institusi jagaan yang disediakan kerajaan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata hanya penjaga yang merupakan warganegara Malaysia, menetap di dalam negara dan mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan layak memohon.

Menurutnya pemohon perlu membuktikan bahawa mereka benar-benar memberi penjagaan rapi kepada pesakit kronik atau pesakit terlantar.

Advertisement
“Sekiranya penjaga adalah warga asing, bantuan boleh diberikan kepada pesakit yang dijaga.

“Penjaga yang menjaga lebih daripada seorang pesakit juga boleh memohon dan jumlah bantuan bergantung kepada bilangan pesakit yang dijaga,” ujarnya.

Advertisement
Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang dan mengemukakan dokumen berkaitan termasuk laporan daripada Jabatan Kesihatan yang mengesahkan keadaan pesakit.

“Jika semua dokumen lengkap proses permohonan boleh diselesaikan dalam tempoh satu hingga dua hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas maklum balas mengenai nasib seorang warga emas kurang berkemampuan di Likas yang mengalami strok.

Menurut penjaganya wanita berusia 80 tahun itu hidup dalam keadaan serba kekurangan dan sukar menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Saya sendiri sukar untuk terus menjaganya kerana bantuan yang diterima sangat kecil dan tidak mencukupi,” katanya.

Jurucakap itu turut memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan menyediakan bantuan RM600 sebulan di bawah Bantuan Warga Tua kepada warga emas yang layak terutama mereka yang tidak mempunyai anak atau saudara mara.

Penerima bantuan mestilah berumur 60 tahun ke atas, berpendapatan di bawah garis kemiskinan dan tidak tinggal di institusi jagaan kerajaan atau premis yang menerima bantuan makanan atau kemudahan percuma.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud sebelum ini memaklumkan bahawa Sabah mencatat jumlah penduduk miskin tertinggi di negara ini dengan lebih 254,000 orang hidup dalam kemiskinan.

Menurut beliau berdasarkan Kajian Pendapatan Isi Rumah lebih 1.2 juta rakyat Malaysia dikategorikan sebagai miskin setakat akhir tahun lalu.

Paras kemiskinan ditentukan berdasarkan pendapatan isi rumah per kapita mengikut formula yang ditetapkan kerajaan dan ia disemak dari semasa ke semasa bagi mengambil kira perubahan kos sara hidup, harga makanan dan kadar inflasi.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan purata Pendapatan Garis Kemiskinan negara ialah RM2,705 sebulan bagi setiap isi rumah setakat Oktober 2025.

DOSM berkata jumlah penduduk negara dianggarkan seramai 34.3 juta orang setakat November.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here