Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Lelaki didakwa palsukan dokumen mohon pembiayaan RM1 juta
Published on: Friday, March 13, 2026
Published on: Fri, Mar 13, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa palsukan dokumen mohon pembiayaan RM1 juta
WONG (dua kiri) bersama Ram (kiri) dan Elmer Prem selepas prosiding mahkamah.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 39 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lapan pertuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan menipu sehingga menyebabkan dua institusi kewangan meluluskan permohonannya untuk kemudahan

Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i) berjumlah RM1 juta.

Advertisement
Tertuduh Wong Chian Vui membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya pada Khamis.

Bagi pertuduhan pertama hingga kelapan Wong didakwa memalsukan dokumen iaitu lesen perniagaan dan penyata bank yang dilampirkan bersama borang permohonan pembiayaan antara 19 Februari hingga 24 Februari 2021 di institusi kewangan di Kota Belud dan Kota Kinabalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut pertuduhan susulan penggunaan dokumen palsu itu kedua-dua institusi kewangan terbabit meluluskan permohonan Wong bagi kemudahan CMTF-i sebanyak RM500,000 setiap satu.

Kesalahan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Advertisement
Wong turut mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan pilihan iaitu menggunakan dokumen palsu yang sama bagi tujuan, tempat dan masa yang sama.

Pertuduhan pilihan itu dikemukakan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 468 kanun yang sama.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 29 April untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan deposit RM10,000 serta isterinya sebagai penjamin.

Mahkamah turut memerintahkan Wong melapor diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali setiap dua bulan, tidak mengganggu saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah setiap kali sebutan kes kerana dia kini bekerja di Singapura.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rustam Sanip mencadangkan jaminan RM50,000 dengan deposit RM30,000 bersama beberapa syarat tambahan.

Bagaimanapun peguam bela Datuk Ram Singh dan Elmer Prem Gunasan memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh mempunyai isteri dan bayi berusia 18 bulan untuk ditanggung.

Ram turut memohon agar pasport anak guamnya dilepaskan kerana Wong kini bekerja di Singapura dan memiliki pas pekerjaan yang sah dari 5 Januari 2026 hingga 5 Januari 2028.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here