LABUAN: Pengendali Labuan Commercial Liberty Port, Megah Port Management Sdn. Bhd. (MPM) merayu agar Labuan yang berstatus bebas cukai dimasukkan sebagai
“Pelabuhan Diluluskan Kastam” bagi tujuan pemindahan kapal (trans-shipment) rokok dan minuman keras ke pasaran luar.
Pengurus Besarnya Chi On Keong berkata barangan terbabit kini dibenarkan untuk pemindahan kapal di pelabuhan yang ditetapkan iaitu Sandakan di Sabah dan Senari di Sarawak dan peluasan kemudahan itu ke Labuan akan membantu merancakkan ekonomi Labuan.
Dalam emel yang dihantar kepada Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Labuan Datuk Mohd Husni Mohamad Salleh yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, bagi meminta isu itu dikaji semula, Chi berkata:






