KOTA KINABALU: Projek solar terapung di Empangan Babagon, Penampang yang dilancarkan bulan lalu, kini mencapai lima peratus kemajuan.
Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd, Datuk Ahmad Naim Uddang, optimis projek berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh 12 bulan seperti yang disasarkan walaupun industri pembinaan berdepan ketidaktentuan.
“Pembinaan projek solar terapung di Babagon ini akan dilaksanakan secara serentak dengan satu lagi projek yang sama di Sandakan.
“Kami akan cuba yang terbaik untuk memastikan kedua-dua projek ini dapat disiapkan dalam tempoh 12 bulan walaupun industri pembinaan berdepan cabaran,” katanya.
Advertisement





