Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Lampu jalan solar dipasang di Jalan Sin On Tiku
Published on: Wednesday, March 18, 2026
Published on: Wed, Mar 18, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Lampu jalan solar dipasang di Jalan Sin On Tiku
PHILIP meninjau kerja pemasangan lampu jalan solar di kawasan Jalan Sin On Tiku.
TAWAU: Projek pemasangan lampu jalan solar giat dilaksanakan di kawasan Jalan Sin On Tiku susulan aduan mengenai laluan itu dalam keadaan gelap pada waktu malam.

Ahli Jawatankuasa DAP Sabah Philip Yap berkata penduduk memaklumkan bahawa satu bahagian jalan yang terletak kira-kira dua kilometer bermula dari Tiku White House menghadapi masalah pencahayaan.

Advertisement
“Situasi ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam,” katanya.

Philip berkata aduan berkenaan diterima semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah tahun lalu. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, selepas pilihan raya berakhir, beliau segera mengemukakan permohonan peruntukan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memasang lampu jalan solar di kawasan terbabit.

Permohonan itu, katanya, mendapat sokongan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, yang meluluskan peruntukan bagi melaksanakan projek pemasangan lampu jalan solar di Jalan Sin On Tiku.

Advertisement
“Pemasangan lampu jalan solar ini digharap dapat membantu meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penduduk serta pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan pada waktu malam.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Nga Kor Ming atas komitmen berterusan dalam membantu menyelesaikan isu-isu rakyat serta menyalurkan peruntukan bagi meningkatkan kemudahan asas di Tawau,” katanya ketika meninjau perkembangan kerja-kerja pemasangan lampu jalan solar yang giat dilaksanakan di kawasan itu.

Advertisement
Katanya, kerjasama antara kerajaan persekutuan dan pemimpin tempatan amat penting bagi memastikan masalah rakyat dapat ditangani dengan lebih berkesan sekali gus membawa pembangunan yang lebih baik kepada masyarakat setempat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here