Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Penunggang motor maut, pembonceng cedera
Published on: Sunday, March 15, 2026
Published on: Sun, Mar 15, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Penunggang motor maut, pembonceng cedera
KEADAAN Perodua Ativa yang terbabit.
MEMBAKUT: Seorang penunggang motosikal Modenas maut manakala pemboncengnya patah kaki kanan selepas bertembung dengan sebuah Perodua Ativa di Km19 Jalan Beaufort–Papar berhampiran Taman Emas Takapan, kira-kira 9.21 malam Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Supt Wong Leong Meng berkata mangsa maut dikenal pasti sebagai Herrvin Rowell Sylvester, 19, manakala pemboncengnya, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dari SMK Membakut, mengalami patah kaki kanan. Kedua-duanya berasal dari Kampung Bawan, di sini.

Advertisement
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng yang cedera dihantar ke Hospital Beaufort untuk rawatan.

Wong berkata siasatan awal mendapati kereta tersebut memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung secara berdepan dengan motosikal berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Impak perlanggaran menyebabkan penunggang motosikal dan pemboncengnya tercampak ke dalam parit bersama motosikal tersebut,” katanya.

Sebelum kejadian, motosikal itu dalam perjalanan dari Papar menuju ke Beaufort manakala Perodua Ativa berkenaan bergerak dari Beaufort ke arah Kota Kinabalu.

Advertisement
“Kereta itu dipandu seorang lelaki warga Korea berusia 20 tahun bersama tiga penumpang yang juga warga Korea dan mereka dalam perjalanan dari Brunei.

“Semua penumpang, termasuk pemandu, tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu,” katanya.

Advertisement
Pemandu kereta ditahan bagi membantu siasatan dan bedah siasat terhadap mangsa telah dijalankan keesokan harinya. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here