Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Dua cedera lori tangki CPO terbabas
Published on: Friday, April 03, 2026
Published on: Fri, Apr 03, 2026
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Dua cedera lori tangki CPO terbabas
LORI tangki CPO yang terlibat dalam kemalangan itu.
KUNAK: Dua lelaki cedera selepas sebuah lori tangki minyak sawit mentah (CPO) terbabas di sepanjang Jalan Kunak–Lahad Datu pada pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak Mohammad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.17 pagi melalui talian MERS 999.

Advertisement
“Seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan unit Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira 25 kilometer dari balai. Pasukan tiba pada jam 12.13 tengah hari dan mendapati lori tangki CPO terbabas sendiri,” katanya.

Kedua-dua mangsa lelaki itu diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital sebelum bomba tiba. Insiden itu turut menyebabkan tumpahan diesel di atas jalan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pasukan memeriksa kawasan bagi memastikan tiada bahaya lain dan menggunakan buih untuk membersihkan tumpahan minyak. Operasi tamat pada jam 12.54 tengah hari,” tambah Mohammad.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here