KUNAK: Empat acara rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri akan diadakan sepanjang bulan Syawal anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak Datuk Seri Anil Sandhu.
Anil yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif berkongsi jadual itu di laman Facebook rasminya.
Acara pertama akan diadakan pada 3 April di Kampung Pangkalan Hujung (kawasan PDM Pangkalan) dari jam 1 petang hingga 4.30 petang.
Acara kedua pula pada 4 April di Kampung Cenderawasih (kawasan PDM Mostyn) dari jam 1 petang hingga 4.30 petang.
Acara ketiga akan berlangsung pada 5 April di Kampung Dasar Lama (kawasan PDM Madai) pada waktu sama.
Rumah terbuka keempat dijadualkan pada 13 April di Dewan Arena Belia dari jam 10.30 pagi hingga 2 petang dengan jemputan kepada jabatan kerajaan, parti-parti politik kerajaan perpaduan serta masyarakat setempat.
“Penduduk berhampiran juga dialu-alukan untuk bersama-sama memeriahkan sambutan bagi mengeratkan hubungan dan perpaduan,” katanya, sambil menambah beliau merancang untuk menghadiri keempat-empat acara tersebut yang akan diadakan secara sederhana dengan sokongan Pejabat Adun dan kakitangan UPPM Kunak.