Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Insiden tanah runtuh: Bangunan ditutup sementara tunggu laporan
Published on: Friday, March 13, 2026
Published on: Fri, Mar 13, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Insiden tanah runtuh: Bangunan ditutup sementara tunggu laporan
WALTER (dua, kanan) menyampaikan bantuan kepada Lionel.
SANDAKAN: Bangunan di Lebuh 4, Blok 10 yang terjejas akibat kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh baru-baru ini diarahkan ditutup sementara oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sementara menunggu hasil siasatan keselamatan terhadap keadaan lereng bukit berhampiran.

Menurut Presiden MPS, Walter Kenson, notis penutupan sementara telah diletakkan pada pagi Khamis bagi mengelakkan sebarang risiko kepada penduduk dan orang awam, memandangkan keadaan lereng bukit di kawasan tersebut masih perlu dinilai secara menyeluruh.

Advertisement
Beliau berkata, setakat ini masalah yang dikenal pasti bukan melibatkan struktur bangunan, sebaliknya berkait rapat dengan keadaan struktur lereng bukit yang berpotensi menimbulkan bahaya.

“Buat masa ini kita sedang menjalankan penilaian keselamatan terhadap lereng bukit tersebut untuk menentukan sama ada kawasan itu selamat atau tidak. Proses siasatan ini dijangka mengambil masa beberapa hari sehingga keadaan cuaca kembali normal,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambah beliau, sepanjang tempoh penilaian itu, kawasan berkenaan akan ditutup sepenuhnya dan orang awam tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut.

Dalam pada itu, mangsa terjejas insiden tersebut kini masih ditempatkan sementara di Dewan Masyarakat Sandakan.

Advertisement
Walter berkata pihak majlis akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai status kediaman mangsa selepas laporan teknikal lengkap diperoleh.

“Sekiranya didapati kawasan itu tidak lagi selamat untuk diduduki, pihak kami akan meneliti langkah serta inisiatif seterusnya bagi membantu penduduk terlibat,” katanya, sambil memberi jaminan pihaknya akan berusaha mempercepatkan penyediaan laporan teknikal tersebut.

Advertisement
Beliau ditemui media selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan kepada waris mangsa tanah runtuh berjumlah RM10,000 dari kerajaan negeri di Bangunan MPS, pada Khamis. Agustine Frederick J Lingam, 72, maut tertimbus dalam kejadian itu.

Anak kedua mendiang iaitu Lionel Aaron Lingam, 45, yang hadir menerima bantuan tersebut memberitahu mendiang bapanya dijadualkan kembali berpindah ke Kota Kinabalu pada hari kejadian, namun dia dan keluarga terkejut menerima berita kematian bapanya akibat tanah runtuh. 

“Bapa saya memang berasal dari Kota Kinabalu namun bekerja di Sandakan. Jenazah mendiang bapa saya akan dibawa kembali dan dikebumikan di Kota Kinabalu,” katanya. 

Lionel menzahirkan penghargaan atas keprihatinan pihak kerajaan negeri menyalurkan bantuan wang ihsan dan semua agensi yang terlibat membantu dalam kejadian tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here