Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Enam ‘wira’ insiden kereta api terima motor baharu
Published on: Sunday, March 08, 2026
Published on: Sun, Mar 08, 2026
By: Ethan Ryan
Text Size:
Text:
Enam ‘wira’ insiden kereta api terima motor baharu
JAMAWI (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama enam anak muda itu.
Tenom: Enam anak muda yang terlibat dalam insiden kereta api antara Tenom dan Pangi baru-baru ini menerima sumbangan enam motosikal bagi menggantikan motosikal mereka yang remuk dalam kejadian itu, seperti dijanjikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan yang juga Adun Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menyerahkannya kepada Sarudi  Siden, Julintoh Landan, Lewi Rani, Mike Yulon, Leinto Landan dan Tunih Rani. 

Advertisement
Katanya, sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan dan memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan harian serta mencari rezeki walaupun tinggal di kawasan yang sukar diakses.

“Sumbangan ini disampaikan melalui saya oleh Ketua Menteri. Ini menunjukkan keprihatinan beliau terhadap nasib masyarakat di kawasan luar bandar,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jamawi berkata, laluan antara Kampung Pangi dan Pekan Tenom sering terjejas, terutama ketika musim hujan atau tengkujuh sehingga menyukarkan pergerakan penduduk.

Katanya, dalam keadaan tertentu, penduduk terpaksa berjalan kaki sehingga enam jam untuk sampai ke Pekan Tenom sekiranya laluan tidak dapat digunakan.

Advertisement
“Setiap kali hujan ataupun musim tengkujuh, laluan ini memang terjejas. Dalam tempoh tiga hingga empat bulan tanpa laluan yang baik, mereka terpaksa berjalan kaki dari Kampung Pangi ke Pekan Tenom. Inilah kesulitan yang mereka hadapi dan perkara ini difahami oleh Ketua Menteri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah supaya mempercepatkan proses pembinaan jalan yang menghubungkan Tenom dengan Kampung Pangi.

Advertisement
Jamawi baru-baru ini membawa rombongan pimpinan Kampung Pangi bertemu Pengarah JKR Sabah, Datuk Philemon Lajawai bagi mendapatkan penjelasan mengenai projek pembinaan jalan Tenom–Pangi sejauh kira-kira 9.2km.

“Juruperunding yang dilantik dijangka akan menyiapkan kerja pada Mei tahun ini,” katanya, menambah projek berkenaan dijangka mengambil masa antara tiga hingga empat tahun.

Beliau berkata, sepanjang tempoh tersebut, penduduk masih memerlukan pengangkutan bagi menjalankan aktiviti harian dan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan kereta api yang ada.

Jamawi berkata, masyarakat pedalaman menunjukkan semangat tinggi untuk terus berusaha memajukan diri dan keluarga walaupun berdepan kekangan infrastruktur.

“Walaupun tinggal di kawasan pedalaman yang tidak boleh dihubungi kenderaan, mereka masih mempunyai inisiatif untuk memajukan diri serta membantu keluarga masing-masing,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here