Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri digesa memperkenalkan peraturan lebih ketat terhadap ulat pelancongan di Sabah susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap amalan haram dan agresif khususnya di Jesselton Point sejak kebelakangan ini.
Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) David Ong berkata insiden melibatkan ulat pelancongan termasuk pertikaian awam dan pergaduhan bukan lagi kes terpencil sebaliknya menjadi satu trend yang membimbangkan.
Beliau berkata tingkah laku sedemikian bukan sahaja menjejaskan keselamatan dan keselesaan pelancong bahkan mencemarkan imej Kota Kinabalu dan Sabah sebagai destinasi pelancongan yang selamat serta terurus.
“Punca utama masalah ini adalah kekurangan peraturan yang jelas, penguatkuasaan lemah serta ketiadaan sistem berstruktur bagi mengurus pengendali pelancongan barisan hadapan.
Advertisement





