Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
27 barang kawalan Aidilfitri
Published on: Wednesday, March 11, 2026
Published on: Wed, Mar 11, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
27 barang kawalan Aidilfitri
Foto FMT untuk ilustrasi sahaja.
PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Aidilfitri selama 15 hari, bermula 14 hingga 28 Mac ini, melibatkan 27 jenis barangan kawalan berbanding 26 tahun lalu.

Dalam kenyataan pada Selasa, Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penentuan kenaikan atau penurunan harga maksimum dilaksanakan berdasarkan analisis yang dibuat oleh pihak kementerian bersama agensi berkaitan dengan mengambil kira harga di setiap peringkat rantaian bekalan seperti kos import, harga ladang, harga peringkat pemborong serta trend harga di peringkat peruncit.

Advertisement
Katanya, antara barangan di bawah SHMMP adalah bawang besar, bawang merah besar, bawang merah kecil (India), bawang putih (China), cili keriting kering, cili merah, daging kerbau import (India), daging lembu import, daging lembu tempatan (kecuali daging batang pinang), halia tua import dan ikan Tongkol (saiz antara satu hingga dua ekor setiap kilogram).

Selain itu, katanya, SHMMP turut merangkumi komoditi ikan Demuduk, Sagai, Cermin atau Cupak (saiz antara tiga hingga lima ekor setiap kilogram), ikan Kembung termasuk ikan Mabung (bersaiz lapan hingga 12 ekor setiap kilogram), kacang dal (Australia), kacang panjang, kacang tanah, kacang biji, kelapa parut, kepak ayam, kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk Beijing), lobak merah (China), santan kelapa, sawi hijau, timun, tomato dan ubi kentang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Di bawah SHMMP, harga kawalan daging kerbau import (India) hanya dilaksanakan di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, manakala harga daging lembu import dikawal di Sarawak, selain kawalan harga daging lembu tempatan kecuali daging batang pinang di Semenanjung serta ikan Tongkol yang dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja.

“Manakala harga ikan Demuduk, Sagai, Cermin atau Cupak di Sabah dikawal selain pelaksanaan kawalan bagi harga kepak ayam di Sarawak, Sabah dan WP Labuan,” katanya.

Advertisement
Armizan berkata tempoh pelaksanaan SHMMP Aidilfitri kali ini bersesuaian dengan keadaan semasa bagi mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga.

Menurutnya, pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan manakala peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh pelaksanaan yang terlalu lama.

Advertisement
Katanya, selain faktor permintaan dan penawaran, kos semasa, cuaca serta kadar upah, penentuan senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan dibuat dengan mengambil kira pandangan rakan strategik seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi kerajaan serta pemain industri.

Beliau berkata KPDN juga sentiasa bekerjasama dengan KPKM bagi memastikan bekalan barangan kawalan mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan skim.

Katanya, SHMMP Aidilfitri 2026 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan harga maksimum di peringkat pemborong serta peruncit boleh disemak melalui laman web KPDN di www.kpdn.gov.my.

“Penguat kuasa KPDN di seluruh negara akan ditempatkan di lokasi strategik seperti pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan harga sepanjang tempoh skim ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here