Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Tiada selenggara perparitan antara punca banjir kilat di Sungai Manila
Published on: Monday, March 09, 2026
Published on: Mon, Mar 09, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Tiada selenggara perparitan antara  punca banjir kilat di Sungai Manila
Hazem berkata pihaknya telah menjalankan tinjauan di beberapa kawasan terjejas bagi mengenal pasti punca sebenar masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan berkenaan.
SANDAKAN: Ketiadaan penyelenggaraan sistem perparitan dikenal pasti sebagai antara faktor utama menyumbang kepada kejadian banjir kilat yang kerap melanda kawasan Sungai Manila.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manila Hazem Mubarak Musa berkata pihaknya telah menjalankan tinjauan di beberapa kawasan terjejas bagi mengenal pasti punca sebenar masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan berkenaan.

Advertisement
“Hasil tinjauan mendapati terdapat beberapa parit yang tidak diselenggara dengan baik sehingga menyebabkan aliran air tersekat dan seterusnya mengakibatkan limpahan air ketika hujan lebat,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.

Terdahulu Hazem menghadiri program penyampaian bantuan kepada 100 penerima asnaf dari Kampung Sibugal yang diadakan di  Masjid Kampung Nelayan Tengah, Jalan Sungai Batang, pada Khamis. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam pada itu beliau memaklumkan bahawa isu berkaitan sistem perparitan yang tersumbat telah diajukan kepada agensi berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk tindakan lanjut.

Katanya beliau berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan kerja penyelenggaraan dan pembersihan parit dilaksanakan dengan lebih sistematik bagi mengelakkan masalah banjir kilat terus berulang.

Advertisement
Selain itu Hazem turut memaklumkan bahawa kejadian banjir yang berlaku sebelum ini turut mengakibatkan beberapa jambatan kecil di kawasan berkenaan mengalami kerosakan sekali gus menjejaskan kemudahan penduduk setempat.

“Kita memandang serius masalah ini termasuk kerosakan infrastruktur yang berlaku akibat banjir. 

Advertisement
“Pihak kami akan berusaha membantu serta bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik demi kesejahteraan penduduk,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here