Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Kanak-kanak antara lima mangsa pemerdagangan
Published on: Wednesday, March 18, 2026
Published on: Wed, Mar 18, 2026
By: Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
Kanak-kanak antara lima mangsa pemerdagangan
Jauteh berkata operasi itu dilaksanakan menerusi Op Pintas oleh Jabatan Siasatan Jenayah dengan kerjasama Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
Kota Kinabalu: Polis menyelamatkan lima mangsa pemerdagangan manusia, termasuk seorang kanak-kanak yang dipercayai dieksploitasi sebagai buruh, dalam beberapa operasi di Sabah baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata operasi itu dilaksanakan menerusi Op Pintas oleh Jabatan Siasatan Jenayah dengan kerjasama Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Advertisement
Beliau berkata operasi berkenaan menyasarkan aktiviti berkaitan pemerdagangan manusia serta kesalahan imigresen di beberapa kawasan di negeri ini.

“Antara Sabtu hingga Ahad, pasukan penguat kuasa menjalankan serbuan di kawasan ladang di Kunak, Kinabatangan dan Beluran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Hasil operasi itu, polis berjaya menyelamatkan lima mangsa yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi buruh, termasuk seorang kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan.

Dalam operasi sama, polis turut menahan 16 individu termasuk penyelia ladang, pekerja asing tanpa dokumen serta individu yang disyaki menguruskan pekerja di ladang berkenaan.

Advertisement
Siasatan awal mendapati sebahagian pekerja tidak memiliki dokumen perjalanan sah, selain terdapat petunjuk eksploitasi buruh seperti pasport dipegang majikan, gaji rendah serta keadaan tempat tinggal yang tidak memuaskan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 dan 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom) serta peruntukan berkaitan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here