Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Cat semula tanda letak kereta Kingfisher Plaza, pantau parkir haram di Inanam
Published on: Tuesday, March 03, 2026
Published on: Tue, Mar 03, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Cat semula tanda letak kereta Kingfisher Plaza, pantau parkir haram di Inanam
KAKITANGAN DBKK Holdings mengecat semula tanda ‘X’ yang hilang di petak parkir Lorong Kingfisher. Plaza.
DBKK Holdings Sdn Bhd sedang mengecat semula tanda letak kereta yang hilang atau pudar - termasuk ruang yang sepatutnya dikhaskan untuk jentera bomba dan nombor petak yang tidak lagi kelihatan di sekitar premis komersial dalam kawasan penilaian Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Agensi berkenaan turut memeriksa kejadian parkir haram yang berlaku di sebuah pusat komersial di Inanam.

Advertisement
Kesemua tindakan berkenaan susulan maklum balas daripada seorang pemandu dari Penampang dan seorang lagi dari Inanam mengenai masalah parkir di Kingfisher Plaza dan kawasan Taipan. 

Pemandu dari Penampang tidak berpuas hati dengan kompaun yang dikenakan kerana mendakwa telah meletakkan kenderaan di ruang bertanda garisan kuning tetapi nombor petaknya hilang manakala pemandu dari Inanam pula menegur kesulitan akibat kenderaan diletakkan secara berselerak di empat jalan di kawasan Taipan antara Jalan Kionsom dan Jalan Tuaran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
PILI bomba tersembunyi di belakang premis makanan akibat  kanopi, meja dan banting yang dipasang di kawasan berkenaan.Maklumat kedua-dua individu itu telah disampaikan kepada DBKK Holdings dan DBKK melalui Hotline. DBKK Holdings yang merupakan anak syarikat milik penuh DBKK yang menguruskan kutipan caj parkir di sekitar ibu negeri termasuk Inanam bertindak meneliti perkara terbabit.

Seorang jurucakap DBKK Holdings berkata pemeriksaan di Lorong Kingfisher Plaza dilakukan pada hari yang sama selepas pihak pengurusan mengetahui isu berkenaan.

Advertisement
“Petak parkir di mana kenderaan pengadu diletakkan sepatutnya dikhaskan untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat. Jentera bomba perlu menggunakan ruang ini sekiranya berlaku kebakaran kerana terdapat hidran di kawasan pejalan kaki berdekatan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa “X” kuning di petak tersebut hilang dipercayai akibat kerja naik taraf jalan pada tahun lepas di mana kontraktor mungkin terlupa mengecat semula tanda itu.

Advertisement
Selain itu pili bomba juga sukar dilihat kerana terletak beberapa meter di belakang sebuah premis makanan yang menempatkan kanopi, meja dan kerusi serta banting yang menutupi pandangan.

Pegawai Penguatkuasa DBKK telah dimaklumkan berhubung penemuan ini kerana kompaun yang ditinggalkan di bawah pengelap cermin pengadu dikeluarkan oleh staf mereka. 

Jurucakap itu berkata petak parkir berkenaan serta satu lagi di Riverside Plaza telah dicat semula pada petang yang sama dan kerja pemulihan tanda lain di pusat komersial sekitar Kota Kinabalu sedang dijalankan secara berperingkat.

Menurut jurucakap Jabatan Penguatkuasaan DBKK pihaknya akan menyelesaikan isu ketidakadilan kompaun terhadap pemandu terbabit dan memeriksa sama ada pemilik premis makanan mendapat kebenaran menggunakan kawasan belakang premis mereka.

Bagi kawasan Taipan pemeriksaan akan dilakukan untuk memastikan sama ada lorong-lorong tertentu termasuk Jalan Kionsom, Lorong Taipan 1, Lorong KK Taipan 2, Lorong Taipan 28/1 dan Lorong Taipan tersenarai dalam daftar jalan DBKK.

“Pegawai penguatkuasa kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang meletakkan kereta di ruang bukan untuk awam,” ujarnya. 

Di bawah Peraturan Tempat Letak Kereta DBKK 2014 pemandu yang meletakkan kenderaan di ruang yang tidak dibenarkan boleh dikenakan kompaun sehingga RM500.

“Pelanggaran berulang atau gagal menjelaskan kompaun boleh dibawa ke mahkamah dan jika sabit kesalahan bakal berdepan denda sehingga RM20,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here