Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bertemu Panglima Divisyen Kelima Infantri baharu, Mejar Jeneral Shamsor Jaafar, di Menara Kinabalu di sini pada Isnin.
Dalam pertemuan itu, Ketua Menteri membincangkan hal-hal keselamatan bersama Shamsor, termasuk perkara berkaitan Divisyen Kelima Infantri yang berpangkalan di Kem Lok Kawi.
Shamsor, yang diiringi Pegawai Staf Leftenan Kolonel Ahmad Zurairi Muda dan Kapten Ameer Ashraf Masudi, mengambil alih jawatan tersebut daripada Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin pada 30 Jan tahun ini.