Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Syabu: Dua lelaki ditahan
Published on: Monday, March 02, 2026
Published on: Mon, Mar 02, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Syabu: Dua lelaki ditahan
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.
SEMPORNA: Dua lelaki ditahan susulan dua operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah, Supt. Tan Hiap Wah berkata, kedua-dua tangkapan itu adalah hasil risikan dan pemantauan berterusan yang dilakukan polis di beberapa lokasi di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko.

Advertisement
Tan berkata suspek pertama, warga Filipina berusia 20 tahun yang berada dalam keadaan mencurigakan ditahan di Jalan Jeti Umum.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemui bahan dipercayai Syabu seberat 5.85 gram di dalam poketnya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurut Tan, dalam operasi berasingan di Kampung Sejati Satu, seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan selepas didapati memiliki dadah dipercayai Syabu seberat 0.15 gram.

Advertisement
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Tan menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan dadah.

Advertisement
Tambahnya, Polis akan meneruskan komitmen membanteras kegiatan jenayah termasuk dadah di daerah ini.

Polis turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah bagi memastikan daerah ini bebas daripada ancaman dadah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here