Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Bekalan bahan api Sabah stabil
Published on: Wednesday, March 25, 2026
Published on: Wed, Mar 25, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Bekalan bahan api Sabah stabil
Armizan (kiri) dan Hajiji semasa pertemuan tersebut.
Kota Kinabalu: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali memberi jaminan bahawa bekalan bahan api petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) di seluruh negara adalah mencukupi, stabil dan terkawal.

Beliau menegaskan, dakwaan berlakunya kekurangan bekalan bahan api khususnya di beberapa stesen minyak di Sabah baru-baru ini, yang dikaitkan dengan senario yang berlaku di negara-negara jiran yang mengalami isu gangguan bekalan, juga adalah tidak benar serta tidak mencerminkan situasi sebenar bekalan dalam negara.

Advertisement
Menurutnya, kerajaan melalui KPDN sentiasa memantau rantaian bekalan bahan api secara menyeluruh, termasuk aspek pengeluaran, pengedaran dan penghantaran bagi memastikan keperluan pengguna sentiasa dipenuhi tanpa gangguan.

“Setakat ini, tiada isu kekurangan bekalan bahan api dilaporkan. Malah, kedudukan bekalan negara kekal kukuh dan lebih stabil berbanding beberapa negara lain, termasuk di peringkat serantau yang berdepan gangguan bekalan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Perkara yang timbul dan diuar-uarkan sebelum ini adalah isu terpencil berhubung logistik yang menyebabkan kelewatan penghantaran dalam tempoh beberapa jam di beberapa lokasi, khususnya dalam tempoh musim perayaan yang menyaksikan peningkatan permintaan.

Perkara ini telah ditangani dan pemantauan berterusan dilaksanakan bagi memastikan penghantaran bekalan berjalan lancar. 

Advertisement
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan semasa adalah terjamin,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, di sini, Selasa.

Dalam pertemuan itu, Armizan turut membentangkan hasil Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Membanteras Ketirisan dan Penyeludupan Antara Agensi Penguatkuasaan (JTPAP) yang telah diaktifkan semula sebagai langkah memperkukuh agenda penguatkuasaan negara.

Advertisement
Beliau berkata pengaktifan JTPAP adalah selaras dengan keperluan semasa bagi menangani risiko ketirisan dan penyeludupan bahan api yang semakin meningkat, khususnya di kawasan sempadan, termasuk di Sabah.

“Faktor geopolitik seperti konflik di Asia Barat serta perbezaan harga yang ketara antara bahan api bersubsidi dalam negara dengan harga pasaran di negara jiran telah meningkatkan risiko aktiviti penyeludupan.

“Justeru, kerjasama antara agensi penguatkuasaan akan terus diperkasa bagi memastikan sebarang ketirisan dapat dibendung secara lebih efektif dan bersepadu,” katanya.

Armizan turut mengingatkan bahawa sebarang penjualan atau pengisian bahan api ke dalam bekas selain tangki kenderaan tanpa permit khas merupakan satu kesalahan serius di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta peraturan-peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa.

Beliau menegaskan, KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan melalui aktiviti penyelewengan atau pelanggaran undang-undang. 

“Tindakan tegas akan diambil termasuk pendakwaan di mahkamah kepada mereka yang melakukan kesalahan ini,” tegasnya.

Ahli Parlimen Papar itu turut menyeru orang ramai supaya memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat atau aduan kepada KPDN sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan penjualan atau pengedaran bahan api.

Tambahnya, pengusaha stesen minyak juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan serta melaporkan sebarang pelanggaran kepada pihak berkuasa bagi memastikan integriti sistem bekalan bahan api negara terus terpelihara.

“Kerajaan komited untuk memastikan bekalan bahan api sentiasa mencukupi, stabil dan sampai kepada pengguna pada harga yang ditetapkan, selaras dengan usaha melindungi kebajikan rakyat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here