Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Lelaki sebabkan kecederaan parah dibicara 14 Mei
Published on: Wednesday, March 25, 2026
Published on: Wed, Mar 25, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki sebabkan kecederaan parah dibicara 14 Mei
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen menetapkan 14 hingga 15 Mei sebagai tarikh perbicaraan bagi kes seorang lelaki berusia 34 tahun yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki lain.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh tersebut untuk Dick Deyvon Dualis yang mengekalkan pengakuan tidak bersalah ketika kesnya disebut untuk pengurusan kes.

Advertisement
Pihak pendakwaan turut menyerahkan dokumen berkaitan kepada tertuduh pada Isnin.

Dick didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Raymond Doremeyus, 25, menggunakan sebilah parang pada jam 11.30 malam, 30 Mei 2025 di hadapan sebuah rumah di Kampung Baru Kelatuan, Papar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara menunggu perbicaraan mahkamah memerintahkan tertuduh yang tidak diwakili peguam untuk terus direman.

Advertisement
Dalam mahkamah yang sama seorang lelaki berusia 58 tahun yang didakwa mengambil dadah jenis syabu berulang kali akan dibicarakan pada 16 hingga 17 Julai tahun ini.

Tarikh perbicaraan ditetapkan terhadap Awang Azmi Mohd Talib ketika kesnya disebut untuk serahan dokumen berkaitan.

Advertisement
Awang didakwa mengambil dadah pada jam 9.36 pagi, 4 April 2025 selepas sampel air kencingnya diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

Pertuduhan menyatakan tertuduh mempunyai dua rekod sabitan lampau berkaitan kesalahan mengambil dadah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39C(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun serta sebatan sehingga tiga kali jika sabit kesalahan.

Mengikut akta tersebut pesalah yang disabitkan juga akan diletakkan di bawah pengawasan polis selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ronnie Anthony, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here