Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT secara berhemah tahun ini
Published on: Friday, March 20, 2026
Published on: Fri, Mar 20, 2026
Text Size:
Text:
Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT secara berhemah tahun ini
Nizam turut memaklumkan Riadah Perpaduan bersama TYT dijadualkan berlangsung di Taman Tasik Kompleks Sukan Likas pada 11 April, diikuti acara menembak bersama TYT dan Kabinet negeri pada 12 April.
Kota Kinabalu: Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah tahun ini akan dilaksanakan secara berhemah dengan pendekatan penjimatan kos tanpa menjejaskan pengisian program.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata langkah itu selaras dengan keadaan ekonomi semasa di samping memastikan setiap program memberi manfaat serta menyampaikan mesej kepada rakyat.

Advertisement
“Sebanyak 12 program disusun bermula dengan Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Solat Hajat di Masjid Negeri pada 27 Mac.

“Antara pengisian utama ialah Istiadat Perbarisan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kawad di Padang Merdeka, diikuti Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri di Istana Seri Kinabalu serta Jamuan Negeri di Dewan Bankuasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Mac,’’ katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Nizam turut memaklumkan Riadah Perpaduan bersama TYT dijadualkan berlangsung di Taman Tasik Kompleks Sukan Likas pada 11 April, diikuti acara menembak bersama TYT dan Kabinet negeri pada 12 April.

“Kita akan menampilkan sukan tradisi Sabah seperti menyumpit, membujak dan melastik bagi memeriahkan acara bersama TYT. Ia memberi peluang kepada rakyat untuk bersama TYT, sekali gus mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat,” ujarnya.

Advertisement
Nizam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan berkata, program lain yang diadakan antaranya Pameran Dirgahayu Tuan Yang Terutama di Muzium Tamadun Islam Sabah pada 16 April serta Perasmian Karya Perdana Pilihan Tahunan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 17 April.

“Program lain termasuk Perarakan Budaya dari Lintasan Deasoka ke SICC serta sambutan Hari Etnik yang dijangka disertai lebih 100 persatuan etnik Sabah di SICC pada 25 April,’’ katanya.

Advertisement
Sambutan berkenaan akan diakhiri dengan Majlis Jamuan Teh Bersama Kanak-Kanak di Dewan Masyarakat Tawau pada 30 April.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here