Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Kamus Kadazan Webonary kini dalam talian
Published on: Tuesday, February 24, 2026
Published on: Tue, Feb 24, 2026
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Kamus Kadazan Webonary kini dalam talian
EWON ketika ditemui selepas merasmikan Kamus Kadazan Webonary secara dalam talian.
PENAMPANG: Orang ramai kini boleh membuat carian kamus bahasa Kadazan-Inggeris-Melayu secara dalam talian selepas Kadazan Webonary dilancarkan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Ewon Benedick pada Sabtu.

Projek kelolaan Yayasan Bahasa Kadazandusun Sabah (KLF) itu sudah dimuat naik sepenuhnya pada 16 Februari dan diterbitkan secara dalam talian pada hari pelancaran sempena Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa (IMLD) pada 21 Februari.

Advertisement
Sehingga kini platform berkenaan sudah menghimpunkan sebanyak 30,673 entri Bahasa Kadazan dan 29,387 entri Bahasa Melayu.

Ewon ketika berucap berkata pihaknya gembira dengan pencapaian itu dan mengganggap ia membanggakan dalam usaha pembangunan leksikografi bahasa orang asal dalam bentuk digital.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Projek ini merupakan sosiobudaya yang mencerminkan komitmen kita untuk membangunkan bahasa etnik Sabah melalui pendidikan dan teknologi demi memelihara dan memodenkan bahasa ibunda.

“Saya amat tertarik dengan Webonary ini kerana ia mampu memperluaskan akses kepada kosa kata Kadazan melalui digital terbuka dan memperkukuhkan usaha standardisasi leksikografi bahasa Kadazan,” katanya.

Advertisement
Ewon menyatakan inisiatif seumpama itu secara tidak langsung akan memastikan bahasa Kadazan kekal relevan dalam ekosistem pendidikan dan persekitaran dunia digital masa kini.

Beliau turut menghargai semua usaha KLF dan rakan-rakan strategik seperti SIL, perunding linguistik, pakar teknikal dan penyumbang komuniti berkenaan yang menjayakan inisiatif itu.

Advertisement
“Melalui Webonary atau kamus digital ini ia akan menjadi platform untuk menyebarkan Bahasa Kadazan kerana kemampuannya menjangkau lebih ramai orang yang mempunyai akses digital terbuka.

“Ini akan menyokong pembelajaran bahasa, rujukan dan penyelidikan dengan menyediakan kosa kata Bahasa Kadazan. Ia sejajar dengan era digital ketika ini di mana pemeliharaan perlu melangkaui bahan bercetak.

“Webonary juga boleh memastikan bahasa kita relevan, mudah diakses dan terus hidup dalam ruang yang boleh digunakan generasi muda untuk belajar, berkomunikasi serta berkarya,” katanya. 

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang yakin bahawa teknologi Webonary mampu berkhidmat kepada budaya dan bukan menggantikannya. 

“Webonary ini tidak dibuat secara terasing sebaliknya satu kesinambungan kepada inisiatif pendidikan bahasa etnik Sabah yang lebih luas termasuk Inisiatif Pengajaran Bahasa Etnik Sabah (IPBES).

“IPBES diadakan dengan kerjasama KLF, Persatuan Bahasa Etnik Sabah (SELA), UMS dan pelbagai rakan pendidikan yang lain. IPBES memperkenalkan empat bahasa etnik iaitu Kadazan Tangaa, Murut Timogun, Dusun Lotud dan Tatana yang diajar di sekolah rendah.

“Webonary Kadazan-Inggeris-Melayu dilihat sebagai lanjutan digital kepada IPBES yang menumpukan kepada pedagogi, bahan pengajaran dan pelaksanaan di sekolah. 

“Saya difahamkan pelaksana IPBES sudah selesai mengadakan kelas-kelas rintis di sekolah rendah terpilih di Penampang, Tuaran, Kuala Penyu dan kini menanti laporan daripada BorIIS UMS selaku pasukan penyelidik yang dilantik SELA.

“Saya harap IPBES akan sudi berkongsi laporan itu dengan saya kerana secara peribadi juga saya amat menyokong penuh projek rintis ini,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
Kadazan Webonary
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here