Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Dua bahagian anggota badan mungkin dibawa haiwan liar: Jauteh
Published on: Monday, February 23, 2026
Published on: Mon, Feb 23, 2026
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
Dua bahagian anggota badan mungkin dibawa haiwan liar: Jauteh
Jauteh berkata beberapa tangkapan telah dibuat setakat ini dan kebanyakannya melibatkan ahli keluarga suspek utama bagi tujuan membantu siasatan.
RANAU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun memaklumkan pihak menolak kemungkinan dua lagi bahagian anggota badan mangsa kes pembunuhan kejam di Indah Permai telah dibawa haiwan liar atau bercampur dengan sisa buangan lain.

“Bagaimanapun usaha mengesan dua lagi bahagian anggota badan mangsa masih diteruskan namun pihak polis belum memperoleh petunjuk baharu mengenai lokasi bahagian tersebut.

Advertisement
“Kita percaya bahagian yang hilang itu mungkin telah dibawa oleh haiwan liar atau bercampur dengan sisa lain tetapi usaha mengesannya tetap diteruskan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau menyatakan siasatan berhubung kes pembunuhan itu kini berada di peringkat akhir dan bakal dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat untuk arahan lanjut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata beberapa tangkapan telah dibuat setakat ini dan kebanyakannya melibatkan ahli keluarga suspek utama bagi tujuan membantu siasatan.

“Siasatan kini berada di fasa akhir sebelum kita serahkan kes ini kepada DPP untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media sempena majlis berbuka puasa bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau pada Sabtu.

Ditanya mengenai status reman kesemua suspek Jauteh mengesahkan bahawa perintah reman masih berkuatkuasa.

Advertisement
Sementara itu mengulas situasi banjir beliau berkata sebanyak 33 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Pitas dan Beluran. Menurutnya dari sudut operasi polis kawasan terjejas berada di bawah daerah Kota Marudu dan Beluran di mana pusat-pusat pemindahan telah diaktifkan.

“Alhamdulillah segala usaha membantu mangsa berjalan lancar. Setakat ini tiada kejadian tidak diingini dilaporkan dan keadaan masih terkawal serta selamat,” jelasnya.

Jauteh menyatakan lebih 100 anggota polis telah digerakkan ke dua daerah terjejas tersebut dan aset utama yang digunakan dalam operasi adalah kenderaan berat memandangkan terdapat kawasan yang tidak dapat diakses akibat keadaan cuaca buruk.

“Ada lokasi yang tidak dapat kita capai dengan cepat kerana kekangan cuaca. Namun kita masih mampu mengurus keadaan dan semua agensi terlibat sedang berusaha sedaya upaya memastikan mangsa banjir menerima bantuan sewajarnya,” katanya.

Jauteh turut menyentuh mengenai permohonan penggunaan aset udara yang menurutnya lebih tertumpu kepada penghantaran bekalan makanan. 

Bagaimanapun katanya pendaratan bergantung kepada keadaan di darat.

“Terdapat kawasan banjir di tanah rata yang biasanya membolehkan pendaratan namun kawasan itu juga terjejas. 

“Jika kita tidak dapat mendarat, penghantaran bantuan menjadi cabaran lebih-lebih lagi apabila pengangkutan darat turut terputus. 

“Walau bagaimanapun kita akan pastikan tiada kawasan yang terlepas daripada menerima bantuan,” katanya.

Sementara itu ujarnya Op Selamat yang akan berakhir pada 23 Februari setakat ini mencatatkan perkembangan positif. 

Beliau berkata sehingga Jumaat tiada kemalangan maut dilaporkan sepanjang operasi dijalankan sekali gus satu pencapaian berbanding tahun lalu yang merekodkan kes kematian.

“Ini menunjukkan orang ramai semakin peka dan mengambil kira nasihat yang diberikan pihak berkuasa. 

“Mereka kini lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan diri,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here