Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Isu tanah Kampung Minintod perlu penjelasan terperinci, berfakta: YB
Published on: Saturday, February 21, 2026
Published on: Sat, Feb 21, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Isu tanah Kampung Minintod perlu penjelasan terperinci, berfakta: YB
Edna berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan pemilikan tanah dan hak penduduk, yang sebahagian besarnya telah menetap di kampung berkenaan sejak sekian lama.
INANAM: Isu tanah di Kampung Minintod kembali menjadi perhatian selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam, Edna Majimbun, menuntut penjelasan terperinci dan berasaskan fakta mengenai status sebenar tanah berkenaan.

Tuntutan itu susulan kenyataan media dikeluarkan oleh Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), yang mencetuskan persoalan serta kebimbangan dalam kalangan penduduk kampung.

Advertisement
Edna berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan pemilikan tanah dan hak penduduk, yang sebahagian besarnya telah menetap di kampung berkenaan sejak sekian lama.

Beliau menegaskan sebarang ketidakpastian perlu ditangani secara telus bagi mengelakkan kekeliruan dan spekulasi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jika benar permohonan itu bermula pada 1988, persoalan utama yang timbul ialah kenapa selepas hampir empat dekad ia masih belum dimuktamadkan.

“Rakyat berhak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Advertisement
Menurut beliau, sebarang urusan melibatkan tanah berstatus rizab tertakluk kepada prosedur perundangan yang jelas dan ketat.

“Jika tanah itu masih diklasifikasikan sebagai Rizab Veterinar (Rizab Ragut), maka proses pembatalan status rizab perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sebarang pertimbangan untuk pemberimilikan boleh dibuat.

Advertisement
“Ini merupakan prinsip asas dalam pentadbiran tanah negeri.

“Penjelasan kepada umum tidak seharusnya bersifat umum, sebaliknya perlu disokong dengan dokumen rasmi dan pengesahan daripada jabatan berkaitan.

“Ketelusan adalah kunci. Komuniti tidak seharusnya dibiarkan dalam keadaan tidak pasti atau bergantung kepada maklumat tidak lengkap,” katanya.

Sementara itu, Edna menegaskan penduduk kampung berhak menyuarakan kebimbangan secara aman apabila melibatkan kepentingan tanah dan masa depan komuniti mereka.

“Saya akan memastikan perkara ini diteliti secara menyeluruh. Kepentingan rakyat, khususnya penduduk tempatan, mesti diutamakan dan setiap proses perlu mematuhi undang-undang negeri secara jelas serta telus,” katanya.

Dalam kenyataan baru-baru ini, Setiausaha Agung KDCA, Suman Yasambun, menyatakan bahawa persatuan itu menafikan dakwaan berhubung permohonan tanah KDCA di Kampung Minintod dan kawasan sekitarnya termasuk Kampung Bantayan, Sukang dan Mabpai.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa dakwaan kononnya berlaku “penindasan” atau “perampasan tanah adat kampung” adalah tidak benar, tidak berasas dan tidak mencerminkan kedudukan sebenar perkara tersebut.

Suman menjelaskan tanah berkenaan masih diwartakan sebagai Rizab Veterinar Sabah untuk kegunaan jabatan berkaitan dan bukan Rizab Kampung Anak Negeri seperti yang digambarkan oleh pihak tertentu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here