Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Golongan ‘otai’ di kampung mainkan peranan besar
Published on: Tuesday, March 24, 2026
Published on: Tue, Mar 24, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Golongan ‘otai’ di kampung mainkan peranan besar
RINA (hadapan) merakamkan gambar kenangan bersama geng otai dalam pertemuannya.
TAWAU: Golongan ‘otai’ ataupun orang lama di kampung memainkan peranan besar sebagai tulang belakang dalam menyalurkan pandangan dan cadangan lebih praktikal yang dekat dengan keperluan rakyat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kukusan Datuk Rina Jainal berkata beliau amat menghargai sumbangan golongan berkenaan atas komitmen mereka dalam membantu membangunkan komuniti secara senyap tetapi berkesan.

Advertisement
“Otai ini memang tulang belakang. Mereka tidak banyak bercakap tetapi hasil kerja mereka dapat dirasai oleh semua,”katanya.

Menurutnya perbincangan santai mereka di kedai kopi bukan sekadar sembang kosong sebaliknya menjadi platform penting mencetuskan idea pembangunan yang memberi manfaat kepada masyarakat. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya meskipun perbincangan itu berlangsung secara santai, pelbagai isu penting berjaya diketengahkan termasuklah berkaitan kemudahan masjid, kebajikan penduduk serta infrastruktur kampung.

“Kadang-kadang hanya duduk di kedai kopi tetapi idea yang keluar bukan calang-calang. 

Advertisement
“Mereka berbincang tentang bagaimana menambah baik kemudahan masjid seperti pemasangan lampu solar selain menyuarakan keperluan kebajikan penduduk,” ujarnya. 

Selain itu katanya isu jalan rosak yang memerlukan penurapan konkrit serta masalah banjir turut menjadi antara perkara atau topik sering dibincangkan oleh golongan berpengalaman tersebut.

Advertisement
“Inilah cara otai berfikir. Walaupun bukan dalam mesyuarat rasmi tetapi idea yang lahir dari meja kopi ini sangat relevan dan tepat dengan situasi di lapangan,” tambahnya.

Beliau menambah ada juga dalam kalangan penduduk yang terus menghubunginya bagi memohon penambahan lampu di kawasan gelap demi keselamatan penduduk.

Dalam pada itu sebagai tanda terima kasih Rina berkongsi sedikit sumbangan duit raya kepada mereka dalam satu pertemuan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here