Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Sembilan sekolah di Beaufort ditutup akibat banjir
Published on: Friday, February 13, 2026
Published on: Fri, Feb 13, 2026
Text Size:
Text:
Sembilan sekolah di Beaufort ditutup akibat banjir
Gambar ihsan/Jabatan Pendidikan Negeri
BEAUFORT: Sembilan sekolah di daerah ini ditutup pada Khamis akibat banjir, hanya sebulan selepas kawasan berkenaan dilanda bencana sama.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Datuk Dr Raisin Saidin berkata lapan sekolah ditutup selepas air banjir memasuki kawasan sekolah manakala sebuah lagi ditutup kerana jalan masuk tidak boleh dilalui.

Advertisement
Beliau berkata sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Klias Baru, SK Suasa, SK Lago, SK Mempagar, SK Batu 60, SK Kabajang, SK Jabang dan Sekolah Menengah (SM) St Paul.

“Lapan sekolah terjejas secara langsung akibat banjir manakala sebuah sekolah, SK Lupak, tidak dinaiki air tetapi tidak dapat beroperasi kerana laluan masuk ditenggelami banjir.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Secara keseluruhan, sembilan sekolah ditutup hari ini akibat banjir,” katanya.

Beliau menambah Jabatan Pendidikan turut mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi menghantar pengawas peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ulangan.

Advertisement
Ini berikutan laluan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong yang menjadi pusat peperiksaan terjejas akibat banjir.

Ini merupakan banjir kedua dalam tempoh sebulan yang melanda daerah terbabit sehingga menyebabkan beberapa sekolah ditutup.

Advertisement
Sebelum ini, tujuh sekolah ditutup pada hari pertama sesi persekolahan 2026, pada 12 Jan.

Terdahulu, Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), mengisytiharkan bencana banjir di daerah itu berkuat kuasa mulai jam 9 pagi Khamis.

Pengisytiharan itu dibuat susulan limpahan Sungai Padas yang setakat ini menjejaskan 18 kampung.

Pengisytiharan bencana berkenaan turut menyaksikan pembukaan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon bagi menempatkan mangsa. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here