Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Pertahankan reputasi baik trend baharu perkhemahan moden
Published on: Monday, February 02, 2026
Published on: Mon, Feb 02, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Pertahankan reputasi baik trend baharu perkhemahan moden
NIZAM meraikan peserta-peserta Festival Perkhemahan Tawau 3.0 di pesisir pantai Batu Payung.
TAWAU: Penggemar aktiviti perkhemahan moden termasuk berkonsepkan taktikal dan ‘glamping’ (glamorous camping) digesa menjaga reputasi baik trend popular terbabit daripada dicemari gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan seks bebas.

Langkah ini penting bagi memastikan aktiviti luar secara berkelompok itu berkembang dengan positif sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi warga dan pengukuhan ikatan komuniti serta keluarga.

Advertisement
Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan optimis dengan sisi baik aktiviti berkenaan terutamanya dari segi pengukuhan kerohanian dan semangat kekitaan peserta.

Bagaimanapun kita harap penganjur sentiasa berwaspada dan memastikan setiap garis panduan program dijalankan adalah selari dengan peruntukan undang-undang negara yang sedia ada.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kementerian mendukung penuh aktiviti ini yang dilihat menyumbang kepada pembinaan modal insan dan pemerkasaan ekonomi kreatif selain menggilap kemahiran peserta melalui pelbagai pengisian yang disediakan.

“Kehadiran peminat aktiviti luar ini diyakini mampu memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat terutamanya di zon pelancongan seperti di sekitar pesisir pantai Batu Payung dan Tinagat,” katanya.

Advertisement
Nizam berkata demikian ketika ditemui  media selepas merasmikan Festival Perkhemahan Tawau 3.0 di pesisir pantai Batu Payung pada Sabtu anjuran Persatuan Komuniti Perkhemahan, Taktikal dan Glamping Tawau.

Menurutnya pihak penganjur juga disaran mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau polis terlebih dahulu serta digalakkan bernaung di bawah badan berdaftar demi kelancaran program.

Advertisement
Dalam pada itu beliau menyatakan promosi meluas perlu dibuat bagi menarik penyertaan dari luar negara seperti Indonesia, Filipina dan Eropah bagi memperkenalkan Tawau sebagai destinasi perkhemahan luar yang unik dan menarik.

Tambahnya penganjur juga disaran tidak terlalu tertumpu dengan lokasi di tepi pantai semata-mata tetapi turut melihat potensi kawasan tanah tinggi seperti Bukit Tawau dan Bukit Pancang sebagai pilihan lain.

Menyentuh mengenai festival perkhemahan luar terkini yang dianjurkan di pesisir pantai Batu Payung pula Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas itu memuji penganjurannya kerana turut memasukkan pengisian kerohanian untuk pemantapan jiwa peserta-pesertanya.

Sempena festival perkhemahan itu juga sebanyak 84 khemah yang berkonsepkan taktikal dan glamping mengambil bahagian membabitkan penyertaan komuniti di sekitar Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu dan Semenanjung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here