Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Pengekalan kadar diesel RM2.15 disambut baik
Published on: Friday, April 03, 2026
Published on: Fri, Apr 03, 2026
Text Size:
Text:
Pengekalan kadar diesel RM2.15 disambut baik
Md Nadzmin menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya mengambil kira tiga realiti teknikal utama di lapangan. 
Kota Kinabalu: Ketua Pemuda Barisan National (BN) Ranau Md Nadzmin Kamin menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan harga runcit diesel bersubsidi pada kadar RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak dan Labuan, namun menyuarakan kebimbangan terhadap pelaksanaan dasar terbabit.

Katanya, pengekalan kadar bersubsidi itu mencerminkan pengiktirafan Putrajaya terhadap Sabah dan Sarawak sebagai pihak yang menandatangani Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 selain penyumbang utama kepada kelestarian ekonomi negara.

Advertisement
Bagaimanapun, Md Nadzmin mengingatkan bahawa mekanisme pelaksanaannya wajar diteliti dengan lebih mendalam, khususnya berkaitan penguatkuasaan had pembelian bahan api yang ditetapkan iaitu 50 liter bagi kenderaan ringan, 100 liter bagi kenderaan pengangkutan di bawah tiga tan, dan 150 liter bagi kenderaan berat melebihi tiga tan.

 “Kami berpandangan bahawa pelaksanaan dasar berbentuk ‘pukul rata’ (blanket policy) ini digubal tanpa mengambil kira realiti teknikal kejuruteraan automotif dan topografi mencabar di bumi Sabah. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pelaksanaan had ini jika diteruskan tanpa penelitian menyeluruh terhadap dinamika tempatan, bakal melumpuhkan rantaian logistik dan mencetuskan kesan domino terhadap kos sara hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Md Nadzmin menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya mengambil kira tiga realiti teknikal utama di lapangan. 

Advertisement
Pertama, beliau menyentuh tentang isu kapasiti fizikal kenderaan berbanding had pengisian, kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang menjadi nadi pergerakan rakyat di pedalaman memiliki kapasiti tangki standard sekitar 80 liter. Had pengisian 50 liter bermakna tangki tidak boleh diisi penuh dalam satu transaksi. 

Lebih kritikal, katanya, jentera berat komersial dan lori logistik sering mempunyai kapasiti tangki antara 300 hingga melebihi 500 liter. Had 150 liter akan memaksa rantaian bekalan beroperasi secara tidak efisien.

Advertisement
Kedua, beliau menyentuh cabaran geografi dan kadar pembakaran di mana pemanduan di Sabah melibatkan laluan rentas banjaran dan jarak ratusan kilometer antara daerah.

Jentera berat yang membawa bahan binaan, hasil pertanian dan barangan keperluan memerlukan tujahan kuasa enjin yang tinggi, sekaligus meningkatkan kadar pembakaran diesel.

“Had 150 liter tidak mencukupi untuk laluan logistik jarak jauh, terutamanya dari pelabuhan utama di Pantai Barat ke Pantai Timur,” katanya.

Ketiga, Md Nadzmin memberi amaran bahawa dasar ini berpotensi meningkatkan kos operasi dan seterusnya harga barangan. Taburan stesen minyak yang jarang di kawasan pedalaman memaksa pengendali logistik membuat hentian lebih kerap sekali gus mengurangkan kecekapan perjalanan dan meningkatkan kos pengangkutan.

Di sebalik kebimbangan ini, beliau menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan Persekutuan untuk membendung ketirisan serta memperkukuh kedudukan fiskal negara khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan tenaga global.

“Kawalan domestik tidak harus menjadi langkah yang memberi kesan songsang sehingga menjejaskan kelestarian industri tempatan,” katanya.

Beliau turut menggesa Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan fleksibiliti atau pengecualian bersasar bagi kenderaan logistik komersial, pertanian dan pembinaan di Sabah.

Md Nadzmin juga mencadangkan penggunaan teknologi penandaan geo untuk mengenal pasti stesen minyak di sepanjang koridor logistik kritikal seperti Lebuhraya Pan Borneo bagi membolehkan kuota bahan api yang lebih fleksibel dan bersasar.

Tambahnya, landskap politik dan pentadbiran masa kini menuntut penyelesaian berasaskan data, sambil menegaskan, BN Sabah akan terus bertindak sebagai rakan strategik kepada Kerajaan Persekutuan di samping kekal tegas dalam mempertahankan kelestarian ekonomi serta kepentingan negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here