Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kaji semula pusingan U berbahaya di Kota Kinabalu: Satta
Published on: Friday, January 30, 2026
Published on: Fri, Jan 30, 2026
By: Wu Vui Tek
Text Size:
Text:
Kaji semula pusingan U berbahaya di Kota Kinabalu: Satta
Menurut Liaw pihak berkuasa wajar sama ada menutup laluan pusingan U berkenaan atau memasang lampu isyarat dua hala bagi mengurus aliran trafik dari kedua-dua arah dengan lebih selamat.
Kota Kinabalu: Pihak berkuasa digesa mengkaji semula semua pusingan U yang terletak sebelum lampu isyarat di sekitar bandar raya ini ekoran disifatkan berbahaya dalam kalangan pengguna jalan raya.

Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (Satta) Datuk Seri Winston Liaw membuat gesaan itu susulan satu kemalangan yang berlaku pada pagi Selasa.

Advertisement
“Insiden ini berlaku di kawasan pusingan U Jalan Lintas bertentangan dengan TBMC. 

“Ramai pemandu telah lama mengadu mengenai lampu isyarat sehala yang berbahaya sebelum pusingan U tersebut,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Liaw pihak berkuasa wajar sama ada menutup laluan pusingan U berkenaan atau memasang lampu isyarat dua hala bagi mengurus aliran trafik dari kedua-dua arah dengan lebih selamat.

Beliau berkata kenderaan yang datang dari satu arah sering dipandu pada kelajuan antara 70 hingga 90 kilometer sejam sekali gus menyukarkan pemandu dari arah bertentangan untuk menilai sama ada kenderaan yang menghampiri akan berhenti atau sekadar memperlahankan kenderaan.

Advertisement
“Salah anggaran seperti ini kerap menyebabkan kemalangan. Selain itu laluan pusingan U tersebut juga sering mengakibatkan barisan panjang dan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Liaw berkata Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) seharusnya maklum mengenai situasi itu kerana ia berlaku setiap hari. 

Advertisement
Beliau menambah keadaan menjadi lebih buruk pada waktu malam di mana situasi kenderaan dari arah bertentangan serta pencahayaan jalan yang kurang baik menyebabkan keadaan kuirang kelihatan sekali gus menyukarkan lagi pemandu menilai kelajuan kenderaan yang menghampiri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here