Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Pelan Induk Taman Perindustrian Kota Belud, Kudat akan dibentang ke Kabinet
Published on: Friday, March 27, 2026
Published on: Fri, Mar 27, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Pelan Induk Taman Perindustrian Kota Belud, Kudat akan dibentang ke Kabinet
KOTA BELUD: Kerajaan negeri akan membentangkan Pelan Induk pembangunan taman perindustrian di Kota Belud dan Kudat kepada Kabinet Negeri dalam mesyuarat Jemaah Menteri Sabah akan datang.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick berkata, pembentangan kertas kabinet itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk membangunkan dua hab perindustrian baharu sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi di Sabah.

Advertisement
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan berkata, pelaksanaan projek berkenaan akan dikendalikan oleh Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) selaku agensi pelaksana di bawah kementeriannya.

“Sebagai agensi yang diberi mandat, KKIP akan mengangkat kertas kabinet ini dan saya yakin ia akan mendapat sokongan Ketua Menteri serta Jemaah Menteri, sekali gus membolehkan usaha promosi dan penarikan pelabur dimulakan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Kampung Tegudon, di sini, pada Rabu.

Menurutnya, kerajaan negeri akan mempergiat usaha menarik pelaburan dengan mengadakan libat urus bersama syarikat-syarikat besar dari dalam dan luar negara, termasuk melalui misi perdagangan ke luar negara bersama Ketua Menteri, khususnya ke China.

Advertisement
Ewon, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, berkata pembangunan taman perindustrian di Kota Belud dan Kudat dijangka memberi limpahan ekonomi yang signifikan kepada masyarakat setempat.

“Ia bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada graduan tempatan, malah menyediakan ruang kepada usahawan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk terlibat dalam rantaian perkhidmatan industri,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata, secara keseluruhan kira-kira 13,000 ekar kawasan telah dikenal pasti bagi pembangunan taman perindustrian tersebut yang akan dilaksanakan secara berfasa, tertakluk kepada kelulusan Kabinet Negeri.

Bagi lokasi di Kota Belud, kawasan yang dicadangkan terletak di DUN Pintasan, bersempadan dengan daerah Kota Marudu serta berhampiran pesisir pantai, manakala perincian lokasi di Kudat akan dimuktamadkan melalui pelan pembangunan menyeluruh.

“Kerajaan negeri berharap inisiatif ini mendapat sokongan semua pihak kerana ia merupakan langkah strategik untuk memperkukuh asas ekonomi Sabah serta mewujudkan aktiviti perindustrian berskala besar di kawasan luar bandar,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here