Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
KPDN warta larangan warga asing beli minyak masak paket bersubsidi bermula 1 Mac
Published on: Friday, January 30, 2026
Published on: Fri, Jan 30, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
KPDN warta larangan warga asing beli minyak masak paket bersubsidi bermula 1 Mac
Armizan berkata kejayaan penggunaan MyKad bagi pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan Budi Madani Ron95 menjadi rujukan KPDN dalam pelaksanaan cadangan menggunakan kad pengenalan sebagai opsyen pembelian minyak masak paket bersubsidi.
Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mewartakan peraturan larangan pembelian minyak masak paket bersubsidi kepada bukan warganegara berkuat kuasa 1 Mac ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata peraturan itu dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan dengan punca kuasa Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Advertisement
“Peruntukan undang-undang ini akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dikuatkuasakan. Jadi, dengan adanya larangan ini, kami dapat memastikan subsidi itu akan dimanfaatkan warganegara dan tidak dibuka ruang kepada warga asing,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) sama ada KPDN berhasrat mengintegrasikan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) dengan pangkalan data bantuan lain bagi mengelakkan lambakan birokrasi dan amalan bekerja secara silo.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Armizan berkata KPDN juga sedang dalam fasa perbincangan dengan Kementerian Kewangan bagi mengintegrasi platform MyKasih sebagai antara opsyen pembelian minyak masak paket bersubsidi oleh rakyat.

“Mungkin selepas ini dengan hanya mengimbas kad pengenalan... membolehkan pengguna membeli minyak masak paket tanpa menggunakan aplikasi eCOSS,” katanya.

Advertisement
Armizan berkata kejayaan penggunaan MyKad bagi pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan Budi Madani Ron95 menjadi rujukan KPDN dalam pelaksanaan cadangan menggunakan kad pengenalan sebagai opsyen pembelian minyak masak paket bersubsidi.

Armizan ketika mengulas mengenai keberkesanan eCOSS dalam menangani ketirisan penjualan minyak masak paket bersubsidi di pasaran berkata sejak dilaksanakan pada Mei 2025, sistem itu merekodkan pembelian sebanyak 20,361,432 paket.

Advertisement
“Sekurang-kurangnya kami sudah ada data siapakah yang membeli minyak masak paket ini dalam  kalangan warganegara dan hala tuju program ini juga dapat ditentukan bersandarkan kepada keputusan berasaskan data. Itulah matlamat kami,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here