Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Lelaki bebas tiga pertuduhan kawal, simpan kayu gaharu
Published on: Tuesday, January 20, 2026
Published on: Tue, Jan 20, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki bebas tiga pertuduhan kawal, simpan kayu gaharu
AZRIZAL bersama peguamnya selepas prosiding di mahkamah.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki dibebaskan daripada tiga pertuduhan mengawal, menyimpan dan menjaga kayu gaharu secara haram tanpa pembayaran royalti hasil hutan.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan pada Isnin melepaskan dan membebaskan Azrizal Aziz selepas pihak pendakwaan memohon agar tertuduh dilepaskan daripada semua pertuduhan yang dihadapinya.

Advertisement
Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa surat representasi Azrizal telah diterima dan kompaun berjumlah RM4,000 yang ditawarkan kepada tertuduh telah dijelaskan sepenuhnya.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan yang dibayar oleh Azrizal dipulangkan serta semua barang rampasan dikembalikan kepada pemilik yang sah.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mengikut pertuduhan pertama Azrizal didakwa mengawal kayu gaharu secara haram tanpa bayaran royalti di dalam sebuah kenderaan yang diparkir di Bakut Car Wash, Jalan Telipok–Tuaran kira-kira jam 7.30 malam pada 7 Disember 2023.

Bagi pertuduhan kedua beliau didakwa menyimpan kayu gaharu tersebut tanpa lesen di lokasi dan masa yang sama.

Advertisement
Sementara itu pertuduhan ketiga menyatakan Azrizal didakwa menjaga kayu gaharu berkenaan secara haram tanpa bayaran royalti di tempat dan masa yang sama.

Kesemua pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 30(1)(g) Enakmen Hutan 1968 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(2)(b) enakmen sama yang memperuntukan denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Advertisement
Dalam perkembangan berkaitan pada 18 Jun 2024 seorang warga Filipina Fahril Muhammad yang didakwa bersama Azrizal telah didenda keseluruhan RM40,000 selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perhutanan Mohd Arapa hadir bagi pihak pendakwaan manakala Azrizal diwakili peguam Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here