Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Lelaki lupus harta curi dipenjara 12 bulan
Published on: Friday, March 20, 2026
Published on: Fri, Mar 20, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki lupus harta curi dipenjara 12 bulan
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 36 tahun dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis kerana melupuskan harta curi.

Taufiq Karman mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan melupuskan secara tidak jujur sebuah laci wang milik Aw Mui Lin di kawasan semak di Jalan HSK Puluduk, Pusat Perindustrian HSK, Penampang kira-kira jam 1.30 petang pada 16 Mac lalu.

Advertisement
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes pengadu mendapati restorannya di Towering, Penampang telah dipecah masuk kira-kira jam 4.45 pagi pada 10 Mac lalu. Pemeriksaan mendapati wang tunai, telefon bimbit dan laci wang telah hilang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada 15 Mac kira-kira jam 3.30 pagi polis menahan Taufiq berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Tuaran Bypass, Manggatal kerana disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Hasil soal siasat tertuduh membawa polis ke kawasan semak tempat laci wang yang dicuri dibuang. Barang tersebut dirampas untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Sementara itu dalam kes berasingan seorang peniaga kereta terpakai dipenjara enam bulan kerana memiliki kenderaan curi.

George Chong, 40, mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali kerana menyimpan secara tidak jujur sebuah Proton Persona bersama kunci milik Rahmat Hidayat Arif di tepi jalan berhampiran sebuah kedai di Taman Telipok Ria, Jalan Telipok Lama, Tuaran kira-kira jam 3.40 petang pada 13 Mac lalu.

Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah diberitahu bahawa pengadu menyedari keretanya hilang dari belakang sebuah lot kedai di Penampang Baru kira-kira jam 3 pagi pada 8 Mac.

Bertindak atas maklumat polis menahan tertuduh pada 13 Mac di lokasi kejadian ketika dia berada di dalam kenderaan yang dilaporkan hilang bersama kunci kereta tersebut.

Kenderaan itu dirampas dan tertuduh dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang untuk siasatan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Akaash Singh dan Inspektor Yusdi Basri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here