Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Lelaki potong kabel TM didenda RM5,600
Published on: Friday, March 20, 2026
Published on: Fri, Mar 20, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki potong kabel TM didenda RM5,600
Tuduhan di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 27 tahun didenda RM5,600 atau tiga hari penjara oleh Mahkamah Majistret pada Khamis kerana merosakkan kabel telekomunikasi.

Shahnizam Kakim mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas tuduhan bersama dua lagi rakan yang masih bebas dengan melakukan khianat dengan memotong kabel telekomunikasi milik Telekom Malaysia Berhad di sebuah lubang jalan di tepi Jalan Kepayan pada jam 7.45 pagi, 19 Januari tahun ini.

Advertisement
Tuduhan di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut pendakwaan pasukan polis yang menjalankan pengawasan di lokasi melihat tiga lelaki bersikap mencurigakan berhampiran lubang jalan selama kira-kira 15 minit sebelum mereka dilihat memotong kabel dan polis bertindak menahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketika didekati ketiga-tiga suspek bertindak agresif namun hanya Shahnizam berjaya ditangkap manakala dua lagi melarikan diri. 

Polis merampas tujuh jenis alat yang dipercayai digunakan untuk memotong kabel serta seutas kabel 800-pasangan sepanjang dua kaki milik Telekom Malaysia. 

Advertisement
Pemeriksaan oleh Telekom Malaysia mengesahkan kabel yang rosak itu adalah milik syarikat.

Sementara itu seorang wanita berumur 27 tahun didenda RM1,300 atau sebulan penjara kerana berjudi di tempat awam.

Advertisement
Rohina Ijan mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di kawasan tangga belakang sebuah restoran di Donggongon, Penampang, pada pukul 4 petang, 9 Januari tahun ini.

Tuduhan di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 memperuntukkan denda sehingga RM5,000, atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa polis di bawah “Op Dadu” menahan Rohina kerana menjalankan aktiviti perjudian dalam talian haram. 

Barangan yang dirampas termasuk RM26 tunai, telefon bimbit dan sekeping kertas mengandungi ID serta kata laluan.

Tanpa wakil peguam Rohina memohon denda yang lebih rendah. Inspektor Yusdi Basri yang mendakwa memohon hukuman yang memberi pengajaran serta agar wang dirampas diserahkan kepada kerajaan.

Mahkamah memerintahkan wang tunai yang dirampas diserahkan kepada kerajaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here